NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YBNT: Lawyer cabar MB Terengganu berdebat




Salam, CABARAN saya untuk bersemuka dengan MB Terengganu tidak disiarkan oleh media arus perdana tadi. Saya mencabar MB Razif dalam tempoh 24 jam bermula jam 12 tenghari tadi untuk bertanggungjawab dan membayar balik jumlah RM14.2 juta yang lesap hasil penipuan skim umrah YBNT yg difahamkan telah 'berpakat' dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Sharifudin Mustafa (yang merupakan orang kuat MB). 

Esok saya & semua daripada 4,000 mangsa akan berkumpul seawal jam 2pm di Majlis Pecah Tanah Projek PPA1M di Temala, Ajil (Dun yg bakal ditandingi oleh Dato Othman Daud -iaitu calon MB pilihan PM selepas PRU 14 jika Umno masih menang lagi lah) dan saya sendiri akan menyerahkan memorandum di tangan MB sendiri secara aman dan demokrasi tanpa apa-apa provokasi.

Dengan ini juga saya MENCABAR MB Terengganu (yg tempoh tak tinggal berapa hari lagi jadi MB) untuk berdebat secara terbuka tentang isu YBNT ini dan saya insya allah berdasarkan pemberi maklumat dan sumber yg boleh dipercayai akan MENDEDAHKAN satu persatu siapa yg terlibat dan siapa yang ada kaitan dalam YBNT, Jabatan Pendidikan Negeri dan kaitan dengan Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Jika beliau tidak berani berdebat, saya dan rakan2 yg istiqamah dalam tindakan ini akan mula turun ke DUN Seberang Takir jumpa semua pengundi MB Terengganu untuk berkempen menolak beliau dan saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sebagai CALON BEBAS (jika diberi laluan oleh PAS) sebagai protes kepada penyelewengan yang berlaku dalam negeri Terengganu melibatkan wang lesap RM14,200,000.00 (RM14.2 juta) dan lebih 4,000 mangsa yg setiap satu membayar sebanyak RM3,000 setiap seorang. 

Terima kasih


KEPADA ALLAH JUA KAMI BERSERAH


Hj Fariz Irwan Mustafa
Peguam Mangsa RM14.2 JUTA YBNT-JPNT (MB)
20.05.2017 JAM 8.30 MLM
KUALA TERENGGANU
© all rights reserved
made with by templateszoo