UMNO: DAP gelar PAS sesat sebab perangkap tidak kena - 1Media.My

Header Ads

UMNO: DAP gelar PAS sesat sebab perangkap tidak kena

Kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa PAS ‘sesat’ merupakan gambaran rasa kekecewaan beliau dan partinya selepas gagal memerangkap parti Islam itu untuk terus menyokong perjuangan sosialis mereka. Luahan kekecewaan itu kerana DAP ingin berbaik dengan PAS sedangkan PAS sebaliknya. Itu hak PAS  - Tan Sri Anuar Musa 
3 MEI: Kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa PAS ‘sesat’ merupakan gambaran rasa kekecewaan beliau dan partinya selepas gagal memerangkap parti Islam itu untuk terus menyokong perjuangan sosialis mereka. 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata DAP sepatutnya terlebih dahulu menilik diri sendiri kerana mereka yang sebenarnya beria-ia mahukan kerjasama dengan PAS. 

“Luahan kekecewaan itu kerana DAP ingin berbaik dengan PAS sedangkan PAS sebaliknya. Itu hak PAS dan saya ucap tahniah kepada PAS kerana berani mengambil risiko berbaik dengan DAP sebelum ini walaupun mereka sudah mengetahui sejarah parti sosialis itu. 

“Tepatlah ramalan UMNO bahawa PAS tidak akan dapat berkawan kerana roh dan semangat sosialis DAP yang berkiblatkan Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP),” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Larian Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun ke -71 UMNO di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Kelantan, Rabu. 

Sebelum ini, Guan Eng menganggap tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama parti itu menjelang PRU-14 serta mendakwa partiIslam itu ingin berbaik dengan UMNO adalah sesat. 

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata UMNO kekal dengan pendiriannya untuk menolak DAP sejak 1964,selagi parti itu mendokong dasar sosialis dan perkauman.