NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TM Lantik Barisan Pengurusan Utama



KUALA LUMPUR 8 Mei – Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan pelantikan Nor Fadhilah Mohd. Ali sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), iaitu wanita pertama yang dipilih untuk jawatan berkenaan dalam syarikat telekomunikasi utama negara itu.

Datuk Kairul Annuar Mohamed Zam Zam pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi (CSO), berkuat kuasa 15 Mei, dalam barisan kepimpinan kumpulan untuk meneraju fasa baharu perjalanan transformasi berterusan syarikat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, pelantikan utama di bawah kepimpinan baharu TM itu adalah sebahagian daripada fasa baharu perjalanan transformasi berterusan syarikat sebagai Peneraju Pertumpuan Negara bagi meneruskan asas kukuh yang telah diwujudkan oleh Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa.

“Kami juga gembira kerana pelantikan ini membabitkan bakat-bakat dalaman yang telah dikenal pasti dalam pelan penggantian kepimpinan kami. Ini sejajar dengan hasrat TM untuk menjadi sebuah organisasi yang tangkas dan bertindak terhadap keperluan perniagaan dan pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain GCFO dan CSO baharu, TM turut mengumumkan perubahan dalam jawatan pengurusan utama lain yang juga berkuat kuasa 15 Mei ini.

Dengan pelantikan Kairul sebagai CSO, jawatan beliau sekarang akan diambil alih oleh Azizi A. Hadi sebagai Presiden Eksekutif bagi Akaun Terurus dan Mohd. Roslan Mohd. Rashidi sebagai Ketua Sektor Kerajaan TM, selain peranan Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GITN Sdn. Bhd.

Di VADS Bhd. (VADS), Nizam Arshad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VADS dan VADS Lyfe Sdn. Bhd. –BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo