Header Ads

The Star Undang Padah



Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Keharmonian negara sekali lagi terganggu dengan kegagalan akhbar The Star memelihara sensitiviti agama dan kaum dalam negara ini. Memaparkan gambar ummat Islam sedang menunaikan ibadah solat berjamaah dengan tajuk "Malaysian terrorist leader" adalah satu perbuatan yang sangat keterlaluan dan biadab.

2. Tidak memadai dengan hanya memohon maaf setelah menyiarkan gambar sedemikian rupa yang cuba mengaitkan ummat Islam dengan keganasan. Ini bukan kali pertama perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani.

3. Sebelum ini Nanyang Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban. Telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia yang sepatutnya hidup makmur dalam masyarakat berbilang kaum tanpa penghinaan sedemikian rupa.

4. The Star gagal mempelajarinya. Masih mengulangi kesilapan serupa. Nampaknya makin berani dan nekad. Permohonan maaf setelah berkali-kali insiden serupa berlaku merupakan satu lagi siri penghinaan. 

5. Sampai bila kesabaran ummat Islam mahu diuji sedemikian rupa ? Kesabaran ummat Islam dicabar terus menerus. Mereka cetus provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara tergugat ? Kemudian mereka akan jadikan ummat Islam sekali lagi sebagai kambing hitam ?

6. Kerajaan mesti serius dalam isu sebegini. Jangan bertindak secara lebih kurang. Jangan beri muka berulang kali kepada penghinaan Islam dan provokasi terhadap ummatnya.

7. Persoalannya kenapa mereka makin berani ? Samada mereka semakin angkuh dengan sokongan ekonomi dan politik yang mereka perolehi atau ummat Islam semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri.

8. Namun kami yakin dan percaya, sikap berani mereka yang melebihi had dalam mempersenda ummat Islam ini akan memerangkap diri mereka sendiri. 

9. Sementara itu, semua pihak diseru supaya berhenti dari melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran ummat Islam. Jangan terus mencetus provokasi. Kerana provokasi itu tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka.

10. Kembalikan keamanan dan keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat menghormati dan memelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman. Kami tidak mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yg anti Islam mengekspkoitasi isu, kerana kami yakin di luar sana ramai non muslim yang tidak bersetuju dengan sikap seperti ini.


Sejahtera Bersama Islam

Sekian.