NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanpa PAS, PH Tetap Bertelagah – Tuan Ibrahim

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengangkat plakad yang tertera ‘Anwar PM Ke-7’ dan hanya leka bermain telefon bimbit manakala Presidennya pula hanya tersenyum dan menepuk tangan.


KUALA LUMPUR – PAS pernah dituduh menjadi punca kepada pertelingkahan dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, namun ia tetap berlaku dalam Pakatan Harapan walaupun tanpa PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, setelah ketiadaan PAS, parti-parti dalam pakatan pembangkang dilihat sibuk bertarung sesama sendiri dan mengetepikan rakyat.

“PAS dituduh menjadi punca kepada percanggahan dalam Pakatan Rakyat dahulu. Kini tanpa PAS, pelbagai isu dan percanggahan juga berlaku dalam Pakatan Harapan,” katanya merujuk kepada isu pemilihan calon PM dalam Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama, beliau turut meramalkan akan pertembungan yang hebat dalam Pakatan Harapan bagi merebut kerusi.

“PKR mengisytiharkan bahawa kerusi PKR tidak boleh diserahkan kepada sesiapa. DAP dijangka akan menggunakan logik sama ada untuk pertahaknkan kerusi yang sudah ditandinginya dan ia sama sebagaimana yang diumumkan PAS.

“Namun ketika PAS mengisytiharkannya, PAS dituduh sebagai bongkak oleh parti komponen dan mereka ini kini terpaksa berdiam diri terhadap pendirian PKR,” katanya.

Isu calon Perdana Menteri ke-7 mula timbul selepas PKR dalam Kongres Nasional Tahunannya baru-baru ini meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Namun ketika pengumuman itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mengangkat plakad yang tertera ‘Anwar PM Ke-7’ dan hanya leka bermain telefon bimbit manakala Presidennya pula hanya tersenyum dan menepuk tangan.

Tindakan itu seolah-olah kedua-dua pimpinan PPBM itu ‘tidak merestui’ pencalonan Anwar sebagai PM ke-7 sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Malah, ramai yang memberi reaksi terhadap keputusan PKR itu. – MYNEWSHUB.CC
© all rights reserved
made with by templateszoo