Header Ads

SPR tunggu makluman rasmi Speaker DUN Sarawak



KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkenaan laporan perlucutan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N.74 Pujut Dr.Ting Tiong Choon pada persidangan DUN Sarawak Penggal ke 18 di sini hari ini.


Perlucutan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut tersebut kerana pertikaian status taraf kewarganegaraan beliau kerana didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu kerakyatan Malaysia dan Australia.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menerusi satu kenyataan media hari ini berkata, SPR hanya mengetahui perkara ini menerusi laporan di media massa.

“SPR akan menunggu pemakluman rasmi dari Speaker DUN Sarawak mengenai kedudukan ADUN N.74 Pujut dan pihak kami akan mengambil tindakan lanjut selepas menerima pemakluman tersebut.” katanya. - Sarawakiana