NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahrir Tidak Bertanding PRU14



JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru,Tan Sri Shahrir Abdul Samad sekali lagi menegaskan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas menganggap sudah sampai masa
beliau mengundur diri dan memberi peluang kepada para pelapisnya.

"Kita perlu yakin kepada yang lebih muda untuk teruskan perjuangan.
Saya sendiri selalu berkongsi dan menerapkan nilai-nilai murni kepada
generasi muda kerana saya hanya meneruskan apa yang berlaku sebelum
ini.

"Jadi, saya yakin mereka yang mengambil alih Johor Bahru juga akan
meneruskan apa yang ada di sini. Saya sendiri sudah melatih satu
jawatankuasa yang dianggotai kira-kira 30 orang termasuk Pemuda,
Wanita, Puteri dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek
kepada Sekolah-sekolah Menengah/Rendah, Sekolah-sekolah Agama, Tadika
Kemas, Perpaduan, surau dan masjid dalam parlimen Johor Bahru di Dewan
Raya Kampung Dato' Onn Jaafar, di sini, Jumaat.

Pada majlis berkenaan seramai 125 pihak menerima sumbangan membabitkan
peruntukan berjumlah RM416,500.Shahrir berkata, beliau turut telah
diminta mencadangkan lima nama kepada pucuk pimpinan untuk
menggantikan tempatnya.

"Takkan kita mahu beri nasihat kepada pemimpin lain supaya sedar diri.
Sama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau
penasihat DAP Lim Kit Siang yang tidak habis-habis cakap penggal
terakhir.

"Mereka ini seperti tidak yakin dengan generasi muda. Anak sudah ada
takkan sampai sudah bercucu baru mahu percaya atau yakin," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun kerusi Dun Stulang kini di
bawah DAP, BN tetap terus berusaha agar kawasan kembali kepada mereka
pada PRU-14.

"Kita tidak pernah mengetepikan penduduk di Dun Stulang kerana segala
janji yang dibuat bukanlah janji kosong atau tidak berasas. Sebaliknya
kita mahu menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat," katanya.

Mengenai pengaruh pembangkang di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (Felda), beliau yang juga Pengerusi Felda mengakui sejak
dahulu apabila semakin hampir pilihan raya pelbagai isu akan timbul
termasuk soal pembangkang di Felda.

"Memang ada kumpulan kecil cuba timbulkan pelbagai isu. Contohnya
peneroka yang tidak bersama Felda hanya 14 peratus. Yang minta mahu
bayaran seminggu sekali juga hanya kumpulan minoriti juga," katanya. -
Sinar Harian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo