NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sandiwara UMNO-PAS: LUHAM Terengganu Respon Kenyataan PAN




Kenyataan Balas kepada kenyataan YBM Dato Raja BahrIn MP Kuala Terengganu dalam Malaysia kini bertarikh 29/5/2017 di bawah tajuk "Hentikan sandiwara Umno-Pas, kata Amanah" adalah dirujuk. 

1. Luham Terengganu melihat reaksi dan komen MP Kuala Terengganu  lebih bersifat persepsi dan publisiti politik kekampungan yang mana isu perlaksanaan perundangan Islam dalam negeri Terengganu adalah isu bersama yang perlu diperjuangkan  oleh  umat Islam tanpa sempadan ideology politik. Mengembalikan semula sistem perundangan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Terengganu melalui Itqan al-muluk atau undang-undang tubith negeri sebelum kedatangan kuasa Inggeris bukan sesuatu yang asing bahkan setelah kita mencapai kemerdekaan tiada sebab untuk perlaksanaan perundangan Islam tidak boleh direalisasikan dalam  konteks perundangan semasa. Seharusnya semua pihak tnengambil bahagian masing-masing dengan perasaan kebersamaan dan ukhuwah islamiyali untuk menterjemahkan hasrat murni ini.


2. Luham percaya Pas adalah parti politik yang berfikiran jauh dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan individu dan kepuakan. Umno -BN adalah parti pemerintah di Terengganu pada  masa material ini, adalah menjadi obligasi kerajaan semasa untuk  penguatkuasakan warta Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2002 walaupun pewartaan tersebut telah dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan Pas (1999-2004) yang lalu. Sehingga sekarang tiada bukti  Enakmen tersebut dibatalkan atau tiada keputusan malikamah yang membatalkan di atas apa jua alasan. Oleh itu kenapa perlu diadakan usul baru terhadap Enakmen tersebut untuk dibahaskan semula  di peringkat DUN. Sebaliknya para legislator perlu menekankan aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan pewartaan enakmen tersebut menurut procedure yang sedia ada. Persoalanya samada dan sejauhmanakah Kerajaan Terengganu sekarang serius atau tidak dalam perkara ini.


3. Luham percaya RUU 355 adalah salah satu pendekatan yang digunakan untuk mengisi  ruang  yang dibenarkan dalam konteks Perlembagaan Malaysia tanpa memprejudis undang-undang yang   sedia ada dan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen. Pas mengambil langkah dan perdekatan ini melalui hubungan Kerajaan Kelantan dan Persekutuan dalam semangat federalism bagi membolehkan peranan dan kedudukan mahkamah syariah dimartabatkan sebagai institusi keadilan yang mementthi tuntutan syariah.


Haji Mohd Zabidi Yusof
Pengerusi LUHAM
Negeri Terengganu.      
30 mei 2017 / 4 Ramadan 1438                        


© all rights reserved
made with by templateszoo