Header Ads

#RUU355: PKR tidak sedar Ahli Parlimen mereka tentang ?



Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula mengirim warkah dari Penjara Sungai Buloh bagi menyatakan pendiriannya mengenai keputusan Majlis Syura Ulamak PAS. Anwar seperti juga Wan Azizah dan pemimpin PKR yang lain menafikan PKR mengkhianati prinsip tahaluf siyasi. Saya pun tidak pasti adakah mereka sedar akan apa yang berlaku dalam parti mereka sendiri.?

Terdapat 3 sebab yang dinyatakan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. Mari kita hurai satu-persatu agar PKR dapat faham dan terima hakikat.

a) Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355;

- Adakah Anwar tidak tahu bahawa precouncil Ahli Parlimen PKR pada pagi sebelum pembentangan RUU 355 sudah memutuskan untuk menolak RUU 355.?
Ia didedahkan sendiri oleh YB PKR Kelana Jaya di FB nya.

- Adakah Anwar tidak tahu antara yang bangun di dalam Dewan mempertikai dan menentang pembentangan RUU 355 ialah Ahli Parlimen PKR Gopeng dan Alor Setar?

- Adakah Anwar tidak tahu bahawa YB Rafizi menjadi penganjur sidang Parlimen olok-olok bagi membahaskan RUU 355 yang disiar di FB secara live.? Rakyat dapat menyaksikan sendiri pendirian Ahli Parlimen PH yang menentang dan memperlekeh RUU 355.

- Kenyataan rasmi Anwar berkenaan RUU 355 tidak diendahkan oleh pimpinan PKR sendiri. Ini hakikatnya.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.


- Adakah Anwar tidak tahu bahawa pemimpin PKR khususnya YB Rafizi dan Saifuddin si Penasihat Ketua Menteri Lim Guan Eng itu saban hari menyerang dan memfitnah PAS kononnya PAS berpakat dengan UMNO dan menjadi pembela PM Najib?

- Adakah Anwar tidak tahu si YB Rafizi yang memfitnah PAS menerima dana 1 MDB sehingga sekarang tidak tampil mengemukakan bukti.? Hanya pandai memfitnah dan mendesak orang menyamannya.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

- Adakah Anwar tidak tahu adanya pemimpin PKR yang datang berceramah di Kelantan dan berikrar bersama PAN untuk jatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan?

- Adakah Anwar tidak tahu bahawa kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu telah pun ditandingi PAS dalam PRU ke 13 yang lalu. PAS bertanding menentang UMNO.



Jadi, mengapa apabila PAS bertanding di kerusi tradisinya dituduh sebagai pengacau sedangkan PAN yang baru lahir itu yang datang menyibuk?

Semoga penjelasan ini sedikit-sebanyak dapat membantu PKR belajar menerima hakikat bahawa tiada lagi hubungan Tahalluf Siyasi PAS dengan PKR.

PRU 14 ini adalah pilihan raya pertama yang akan dihadapi oleh PKR tanpa memerlukan bantuan jentera PAS lagi.

PKR sepatutnya lebih yakin untuk berhadapan dengan PRU 14 nanti kerana PKR telah memilih untuk bersama dengan DAP, PAN, PPBM dalam Pakatan Harapan yang dikatakan sudah cukup kuat untuk menawan Putrajaya tanpa PAS.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
13 Mei 2017