Header Ads

Pesanan mufti kepada ulama' - Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Sehari dua ini hati saya kurang selesa dan merasa hiba tatkala ulama’ dilihat dalam sudut pandang seolah-olah bertentangan antara satu sama lain. 

Natijahnya terdapat pelbagai pecahan puak yang masing-masing memperakukan kebenaran serta menganggap yang lain daripadanya kurang tepat. 

Alangkah sedihnya hati ini dan hibanya bilamana tohmahan dan wasangka yang tidak baik ditujukan kepada mana-mana ulama' yang sebenar. Mereka adalah warathatul anbiya'. 

Ingatlah pesanan Ibn Asakir Rahimahullah mafhumnya: "Takutlah kamu kepada daging ulama' kerana ia beracun." [Lihat Tabyin Kazib al-Muftari, hlm. 29-30]

Tanpa dinafikan ulama' bukan maksum tetapi mereka mempunyai banyak kemuliaan dan kelebihan di sisi Allah. 

Kita boleh menasihati ulama' tatkala mereka terkhilaf dalam sesuatu pendapat dengan penuh hikmah dan adab. Marilah sama-sama kita menghormati ulama', mengasihi dan memuliakannya.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri