NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam PRU14

Umat Islam perlu bangkit dari lena yang panjang dan leka yang mengasyikan. Keluar dari zon selesa. Umat Islam wajib bersatu untuk mengembalikan maruah ummah.


KUALA LUMPUR – PAS kesal kerana segelintir umat Islam sanggup mengadai maruah kaum dan agama sehingga kaum Melayu dan agama Islam dipandang hina oleh kaum lain di negara sendiri.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, golongan terbabit perlu diperjelaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, majoriti rakyat negara ini muslim, maka pemimpin utama negara mesti beragama Islam.

“Tapi umat Islam masih lemah dalam jumlah mereka yang ramai, hina di hadapan kaum bangsa sendiri, bangsat di atas tanah air sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial baru-baru ini.

Baru-baru ini tersebar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam senarai barisan Kabinet Malaysia dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Senarai yang disebarkan kepada orang ramai dalam majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun dinafikan oleh parti berkenaan.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggotai PKR serta Parti Amanah Negara (PAN).

Justeru, Nasrudin menyeru umat Islam Malaysia memastikan dua pertiga majoriti Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti terdiri daripada muslim.

“Umat Islam perlu bangkit dari lena yang panjang dan leka yang mengasyikan. Keluar dari zon selesa. Umat Islam wajib bersatu untuk mengembalikan maruah ummah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
© all rights reserved
made with by templateszoo