Header Ads

PAS Selangor akan keluarkan Kenyataan Rasmi


Lanjutan daripada keputusan Biro Politik KEADILAN untuk menerima pakai pandangan YAB Menteri Besar Selangor berkaitan kedudukan Pas dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor (BPPNS) meminta semua pimpinan dipelbagai peringkat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maupun komen kepada media sehinggalah BPPNS mengeluarkan satu kenyataan rasmi pada hari Jumaat ini @ 26 Mei 2017.

Sekali lagi ingin ditekankan, bahawa situasi politik Selangor harus diurus dengan baik dan semua pimpinan diminta untuk memberikan kerjasama ke atas perkara ini.

Wasalam

Hj Abdul Halim bin Omar
SU BPPNS
24 Mei 2017