NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS ada alternatif jika putus hubungan dengan PKR

Sesiapa sahaja boleh membuat ramalan atau analisis tetapi kita tahu apa yang kita lakukan.


KUALA LUMPUR: PAS mempunyai pelan alternatif walaupun parti Islam itu memutuskan hubungan dengan sekutunya PKR, demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin mengulas ramalan oleh pelbagai penganalisis politik bahawa PAS akan menjadi "kalah paling teruk" jika Majlis Syura PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

"Sesiapa sahaja boleh membuat ramalan atau analisis tetapi kita tahu apa yang kita lakukan.

"Kami mempunyai rancangan alternatif apabila kita mengambil keputusan tertentu dalam politik. Kami tidak hanya membuat keputusan, semuanya telah diambil kira," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat.

Memetik pengalaman parti dan kewujudan pusat penyelidikan sendiri, Takiyuddin juga menegaskan, saf kepimpinan baru PAS terdiri daripada golongan profesional.

"Daripada 18 anggota jawatankuasa pusat PAS, empat adalah doktor perubatan manakala lima adalah pemegang PHD," katanya. ---antarapos.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Takiyuddin juga memberitahu mesyuarat tidak menyentuh secara menyeluruh berhubung kerjasama politik atau tahaluf siyasi bersama PKR.

Ini kerana parti itu masih lagi menunggu keputusan muktamad Mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU). Menurutnya, usul pemutusan yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 itu hanya diberi tumpuan “sepintas lalu”.

“Ia hanya sepintas lalu. Kami tunggu keputusan MSU yang hingga kini masih belum diketahui bila akan diadakan,” kata Takiyuddin yang turut memaklumkan mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai pergolakan politik Selangor.

“Bulan Jun nanti kita akan adakan mesyuarat PAS Pusat, pada masa itu kita akan bincang mengenai masalah politik semasa yang berlaku,” katanya merujuk keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR di Selangor.

Tambah Takiyuddin lagi, PAS tidak akan mengambil berat mengenai andaian, analisa atau telahan pihak luar yang mengatakan PAS konon akan mengalami kerugian besar jika tetap untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

“Itu andaian… itu analisa… pihak luar berhak untuk membuat andaian mereka. Di pihak PAS, kami tahu apa yang kami lakukan dan kami pun ada juga alternatif serta perancangan terhadap apa yang kami buat.

“PAS sudah wujud selama 66 tahun, kita akan mengambil kira setiap keputusan yang diambil. Kami juga ada jabatan penyelidikan untuk membuat perancangan atas setiap keputusan yang dibuat,” kata Takiyuddin. ---mynewshub.cc
© all rights reserved
made with by templateszoo