Header Ads

NGO PENDIDIK anjur Himpunan Pendidik Malaysia 5.0 di Kelantan



Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK) bakal menganjurkan Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0 peringkat Kebangsaan 2017 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan pada 20 Mei,Sabtu ini di Negeri Kelantan Darul Naim.

Himpunan yang bakal melakar sejarah ini akan dihadiri oleh lebih dari 1500 orang warga pendidik dari pelbagai institusi di Balai Islam Lundang,Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

Warga pendidik dari seluruh pelusuk tanah air bakal bertamu di negeri Serambi Mekah ini termasuk Sabah dan Sarawak

Program yang bakal bermula dengan pendaftaran peserta seawal jam 8.30.pagi dijangka tamat jam 1 tengahari dengan pelbagai acara menarik seperti alunan ayat suci Al-Quran, persembahan nasyid dan tayangan multimedia dan Kalam Jamaie.

Manakala slot pengisian majlis ilmu kepada warga pendidik iaitu acara 'Kalam Murobbi' bakal disampaikan oleh Prof.Dato Dr.Abdul Halim Bin Tamuri,Rektor Kolej Universiti Islam Antaràbangsa Selangor(KUIS).

Selain daripada itu acara pidato Tokoh Pendidik Kebangsaan 2017 juga dijangka bakal mencuri tumpuan para peserta ,setelah selesai upacara penganugerahan tokoh dan penyampaian anugerah Tokoh Murobbi Ummah 2017.

"Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) telah memilih tema "Guru Pembentuk Geberasi Rabbani " dalam Himpunan Pendidik Islam Malaysia tahun ini ",kata Presiden PENDIDIK ,Normala Sudirman ketika menghubungi pihak wartawan Sinar 16 Mei lalu.

"Kami berharap agar guru dan warga pendidik di institusi tahfiz,guru pondok,guru di Kementerian Pendidikan Islam Malaysia,Guru PASTI ,GURU SRITI,dan pesara guru serta semua warga pendidik yang dari pelbagai institusi akan hadir menjayakan Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0 di Negeri Kelantan untuk menjayakan majlis yang bakal berlangsung penuh gemilang ini".

Majlis akan diserikan dengan ucapan YB Dato' Dr.Hj.Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan.,Pengerusi Jawatankuasa merangkap Exco Pembangunan Insan,Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim

Perasmian sebagai pembuka majlis akan disempurnakan oleh YB Dato Hj.Amar Bin Nik Abdullah,Mustasyar(Penasihat) NGO PENDIDIK merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Dato Bentara Kanan Ustaz H Hj.Ahmad Bin Yaakob ,Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Mursyidul Am PAS.

"Semoga dengan kita menghargai warga pendidik dari pelbagai institusi ini akan dapat memartabatkan profesionalisme dalam persada pendidikan negara selain dapat mengeratkan jalinan ukhuwwah dan mahabbah di kalangan warga pendidik seantero Malaysia",kata Normala lagi.

PENDIDIK optimis dan percaya majlis Himpunan Pendidik Islam Malaysia yang bakal berlangsung dan merupakan acara tahunan ini dapat dijadikan medium yang paling sesuai bagi mengiktiraf dan melahirkan rasa penghargaan ke atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pendidik dari pelbagai institusi selama ini terutama dalam usaha memartabatkan warga pendidik di persada pendidikan negara selain dari berusaha mengarus perdanakan pendidikan Islam di Malaysia .