NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa PAS?



MUKADIMAH

PAS, kata Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mempunyai penyokong yang kuat di setiap negeri. Ini termasuklah di Pulau Pinang - negeri di mana Cheng Guan agresif membongkar cacat cela kerajaan negeri DAP.

Pada 29 April lalu, Cheng Guan mengejutkan banyak pihak apabila menyuarakan kemungkinan partinya akan menjalin kerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Mengapa? Wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL menghubungi beliau semalam untuk mendapatkan komennya.

HUAN CHENG GUAN: Kita semua maklum bahawa PAS antara sebuah parti yang bertahan paling lama selain UMNO. Kewujudan PAS dalam landskap politik Malaysia boleh dianggap parti yang matang dan mempunyai kekuatan politik tersendiri. Kekuatan Pas terbukti apabila mampu mengekalkan Kelantan sehingga hari ini dengan mentadbir negeri mengikut acuan sendiri.

Adakah kerjasama ini kerana PCM tidak sebulu dengan DAP?
DAP agak rakus di Pulau Pinang, bahkan pemimpin utamanya juga sedang didakwa di mahkamah. Berbanding DAP, PAS jauh lebih bersih. Tiada masalah rasuah dalam kalangan pemimpinnya.

PAS juga memiliki jentera parti yang efisien. Tanpa PAS, Pakatan Harapan yang diketuai DAP tempang, umpama patah kaki sebelah dalam setahun dua ini.


Bukankah ideologi Islam Pas tidak sesuai dengan parti bukan Melayu?

Pas parti Islam. Apa yang PAS perjuangkan itu adalah asas penubuhannya. Namun PAS tidak tertutup atau menutup kerjasama dengan mana-mana parti berbilang bangsa ini. Ini terbukti dengan adanya kelab penyokong Pas yang terdiri daripada bukan Islam. 

Jadi, punca masalah hubungan DAP-Pas sebelum ini datangnya daripada DAP?

Ya, DAP mahu PAS ikut telunjuk mereka. Ini tidak mungkin terjadi kerana Pas mampu berdiri atas kaki sendiri. Kerjasama yang baik hendaklah dijalinkan atas rasa hormat menghormati yang tinggi terhadap fundamental parti masing-masing.


Apa harapan PCM kepada PAS?

PCM tidak seperti DAP yang suka ambil kesempatan. PCM tidak bersikap hipokrit seperti DAP. Maka satu gabungan antara parti berbilang kaum iaitu PCM bersama Pas, parti Islam adalah sesuai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mengapa-dengan-pas-1.481473#ixzz4hD2QiUTC

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo