NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAPAN Dedah Strategi DAP Untuk Jadi Domininan Dalam Pakatan Pembangkang



Contoh Kerakusan Lain DAP Untuk Menjadi Dominan

Disebabkan ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan dokumen dalaman PKR yang membuktikan bahawa pemimpin tinggi PKR sendiri pernah mengakui bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan oleh DAP, yang akan menambahkan bilangan kerusi Parlimen dari 222 menjadi 262, dengan pecahan 143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar dan 80 kerusi luar bandar, jika diguna pakai oleh Pakatan Rakyat, akan menjadikan DAP dominan dan mengambil-alih kuasa politik Malaysia, yang sememangnya merupakan satu dokumen sahih, maka di sini saya sertakan enam lagi contoh kerakusan DAP untuk menjadikan DAP dominan dalam politik Malaysia. 


Enam contoh ini adalah:
(1) Ketegasan pemimpin DAP, khususnya Penasihat Seumur Hidupnya, Dr Chen Man Hin, menuntut supaya agihan kerusi Parlimen untuk Pilihan Raya Umum 1999 antara parti-parti komponen Barisan Alternatif, iaitu PAS, DAP dan KeADILan, dilakukan sama rata, iaitu 48 kerusi untuk PAS, 48 kerusi untuk DAP dan 48 kerusi untuk KeADILan. Ini di antara lainnya boleh dibaca dalam laporan akhbar Berita Harian pada 14 Julai 1999 bertajuk “PAS, DAP, KeADILan agih kerusi sama rata”, laporan akhbar Berita Harian pada 21 Julai 1999 bertajuk “DAP tetap tanding 48 kerusi” dan laporan akhbar Berita Harian pada 22 Julai 1999 bertajuk “DAP mahu pembahagian sama rata”.

(2) Pengumuman secara unilateral Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di dalam Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada 2 November 2014 bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah kerajaan negeri di Kuala Lumpur jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Umum Lim Guan Eng: “What do we promise, what does DAP and Pakatan Rakyat promise for Wilayah Persekutuan? We promise that there will be a state government for Wilayah Persekutuan, especially Kuala Lumpur. Sudah sampai masa kita ada sebuah kerajaan negeri di Wilayah Persekutuan... Itulah yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, itulah janji Pakatan Rakyat, di mana kita akan balik kepada demokrasi, kita akan benarkan satu kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat memerintah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.”

(3) Pendedahan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, di dalam Konvensyen Tahunan DAP Selangor pada 30 November 2014 bahawa, ekoran perlantikan Menteri Besar Selangor baru, DAP akan mengambil alih 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor milik PAS dan bahawa, ekoran ia tidak dapat dilaksanakan, DAP menuntut jawatan Timbalan Speaker Kedua Negeri Selangor kepadanya. Dedah Tony Pua: “Dalam perkara ini persetujuan telah pun dicapai antara pimpinan tertinggi PKR dan DAP bahawa seorang lagi Ahli EXCO akan diberikan kepada DAP. Atas sebab-sebab yang tertentu, kami menerima bahawa Ahli EXCO tambahan itu terpaksa dialihkan kepada PKR. Oleh sebab itu, kami telah menuntut supaya jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor diagihkan kepada DAP. PKR dengan 13 orang ADUN telah menempati 4 Ahli EXCO dan 1 Menteri Besar. DAP yang mempunyai 15 ADUN hanya menduduki 3 jawatan EXCO dan 1 Speaker Dewan Undangan Negeri. Kami di DAP jelas berasa tuntutan kami adalah adil dan langsung tidak keterlaluan dan oleh sebab itu pemimpin dan kepimpinan DAP di peringkat Pusat dan Negeri telah sebulat suara menyokong pencalonan Saudara Ng Suee Lim sebagai Timbalan Speaker dalam Dewan Undangan Negeri. Kami pun tidak berhasrat untuk mengusir Timbalan Speaker PAS yang telah dipilih dan dilantik. Kami hanya menuntut selama ini untuk Timbalan Speaker Kedua dilantik sepertimana yang diaturkan di Negeri Perak dan juga Negeri Sabah.”

(4) Arahan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, di dalam Konvensyen DAP Johor pada 11 Oktober 2015 supaya DAP melengkapkan diri sebagai bakal pewaris kerajaan negeri Johor, kerajaan persekutuan dan kerajaan tempatan berikutan DAP adalah parti pembangkang terkuat di Johor dengan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ia menangi dalam Pilihan Raya Umum 2013 berbanding 4 kerusi yang dimenangi oleh PAS dan 1 kerusi yang dimenangi oleh PKR. Arah Liew Chin Tong: "Harapan saya supaya DAP Johor bukan sahaja bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, tetapi juga melengkapkan diri sebagai bakal pewaris kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan tempatan. Misi kita dalam dua tahun akan datang adalah untuk mengubah Johor dan sekaligus mengubah nasib Malaysia dalam 50 tahun akan datang. Perjuangan untuk menamatkan kuasa UMNO sejak 1955 akan menyaksikan pertempuran paling hebat di Johor. Setiap lapisan parti termasuk PLC, cawangan, DAPSY, Wanita, semua perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran tersebut, supaya kita bersedia untuk mentadbir negeri Johor dan menawan Putrajaya”.

(5) Pengumuman Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, di dalam sidang media pada 30 Oktober 2015 kesediaan DAP Selangor untuk meletakkan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki oleh PAS dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat. Ini di antara lainnya boleh dibaca dalam laporan portal Astro Awani pada 30 Oktober 2015 bertajuk “DAP sedia bertanding di lapan DUN dipegang PAS - Tony Pua”.

(6) Pengumuman Penasihat DAP, Lim Kit Siang, di dalam kenyataan media pada 30 Disember 2016 bahawa jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bakal DAP tandingi dalam pilihan raya umum akan datang akan meningkat sekali ganda berbanding jumlah kerusi yang telah DAP tandingi dalam Pilihan Raya Umum 2013 (4 kerusi Parlimen dan 8 kerusi Dewan Undangan Negeri). Ini di antara lainnya boleh dibaca dalam laporan di blog beliau pada 31 Disember 2016 bertajuk “DAP Sabah to create a “political earthquake” in Sabah in 14th General Election through the ballot box to peacefully and democratically start the process of political change in Sabah and Malaysia”.

Sekadar enam contoh.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
UUM
© all rights reserved
made with by templateszoo