NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 41,000 akaun Tabung Haji tidak aktif


Lembaga Tabung Haji (TH) mengesan lebih 41,000 akaun pendeposit yang tidak aktif tanpa sebarang transaksi melebihi tujuh tahun. Justeru, TH dalam satu kenyataan hari ini menyebut, pihaknya akan memindahkan akaun berkenaan ke kumpulan Akaun Tidak Aktif, bermula 3 Jun ini yang akan menyebabkan akaun berkenaan tidak layak menerima hibah daripada TH. 

Sehubungan itu, pendeposit digesa memastikan akaun mereka sentiasa aktif dengan melakukan transaksi seperti pemindahan keluar masuk simpanan. Selain transaksi, pendeposit juga boleh mengaktifkan semula akaun dengan mengemas kini maklumat peribadi dan penamaan waris di cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. 

Bagi kes kehilangan buku akaun, pendeposit perlu hadir ke cawangan TH untuk membuat semakan dan penggantian buku akaun baharu. Kenyataan itu juga menyebut, bagi akaun pendeposit yang meninggal dunia, waris boleh membuat permohonan tuntutan amaun dalam akaun dengan membawa dokumen berkaitan ke cawangan TH. 

TH juga menasihatkan pendeposit untuk mengemas kini akaun bagi memudahkan urusan tawaran haji dan mengelak kes tidak terima surat akibat pertukaran alamat.

http://www.bharian.com.my/node/283267?m=1
© all rights reserved
made with by templateszoo