Header Ads

Laporan Polis Hannah Yeoh Terhadap Ahli Akademik, Dr. Kamarulzaman



Saya baru saja dihubungi oleh seorang wartawan Malaysiakini yang memaklumkan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, sedang membuat laporan polis terhadap saya di atas komentar saya bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” pada 10 Mei lalu.

Wartawan Malaysiakini ini meminta pengesahan bahawa saya adalah penulis asal komentar yang mengulas kandungan buku Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) yang diterbitkan semula oleh beberapa pihak lain dan meminta reaksi saya ke atas laporan polis ini.

Di bawah ini adalah reaksi awal saya ke atas laporan polis Hannah Yeoh seperti yang dimaklumkan kepada wartawan Malaysiakini ini:

"Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu."

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan."

"Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1535653969811989&id=100001022016761