Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Kerajaan Campuran adalah Realiti Politik di Malaysia dan di dunia demokrasi secara amnya.



Rakyat, khususnya Penyokong PAS kena memahami perbezaan Tahaluf Syiasi (Kerjasama Politik/Pilihanraya) dengan Kerajaan Campuran.

Dalam Kerajaan Campuran, pihak di dalamnya hanya bekerjsama mentadbir kerajaan, tetapi tidak dalam politik.

Perkara ini berlaku di Selangor sekarang ini di mana berlaku kerajaan campuran antara PAS, DAP dan PKR.

Kerajaan Campuran ini tidak memerlukan Kerjasama Politik.

Penyokong PAS, kena memahami perkara asas ini, jika mahu pihak lain memahaminya juga.

Selepas PRU14, sekiranya kedua-dua gabungan Ahzab (BN dan PH) serta Gagasan Sejahtera tidak mendapat majoriti mudah samada di Parlimen atau mana-mana DUN di negeri, maka mereka boleh mengadakan Kerajaan Campuran antara dua Gabungan Ahzab ini atau mengadakan Kerajaan Campuran dengan PAS (Gagasan Sejahtera).

Tahalus Syiasi (Kerjasama Politik/Pilihanraya) tidak terputus walaupun selepas pembubaran parlimen. Manakala Kerajaan Campuran akan putus sebaik sahaja pembubaran Parlimen atau DUN berlaku.