KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS - 1Media.My

Header Ads

KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS



PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Oleh yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Walaubagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke 13 lalu maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya nanti.

YB Sallehen bin Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

11 Mei 2017