NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Cultural Showcase @ Central Market 2017



Kelantan Cultural Showcase @ Central Market 2017
Pada : 13 & 14 Mei 2017 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dataran Pasar Seni, Kuala Lumpur

Jom beramai-ramai memeriahkan 'Kelantan Cultural Showcase 2017' yang akan diadakan di Pentas Dataran Pasar Seni Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Demonstrasi Pembuatan Wau, Demontrasi Pembuatan Alatan Tradisional Kelantan, Mencanting Batik, Persembahan Rebana Ubi ,Gasing Terbang, Kertok , Seni Silat Tari , Dikir Barat dan Persembahan Tarian.


Program ini turut mendapat kerjasama dan dimeriahkan dengan Pameran Sejarah oleh Perbadanan Muzium Kelantan dan jualan pakej yang menarik oleh Habib Hotel Kelantan dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort. Jangan melepaskan peluang untuk mendapatkan pakej penginapan dengan harga yang menarik sepanjang program berlangsung !

Jom hadir bagi memeriahkan program tersebut !
© all rights reserved
made with by templateszoo