Header Ads

Kelantan Adakan Kerjasama Dengan Universiti Islam Madinah



YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika berucap di Majlis Tandatangan Kerjasama Akademik Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Universiti Islam Madinah berkata:
"Saya mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kehadapan YMM Pemangku Raja Kelantan di atas usaha baginda menulis surat permohonan kepada Raja Saudi pada tahun 2014 untuk kerjasama akademik antara Kelantan dengan Universiti Islam Madinah. Alhamdulillah, usaha ini telah membuahkan hasil pada hari ini"



Rektor Universiti Islam Madinah semasa berucap dimajlis berkenaan turut mengumumkan bahawa pihak mereka bersetuju untuk membuat pegambilan serta memberi tajaan biasiswa penuh kepada seramai 25 orang pelajar untuk belajar di sana dalam pelbagai jurusan. Kerjasama akademik itu juga bersetuju untuk KIAS mengendalikan pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Islam Madinah di KIAS.

Majlis yang berlangsung di Hotel Perdana Kota Bharu menyaksikan suatu kerjasama akademik diantara Universiti Islam Madinah, Yayasan Kelantan Darulnaim dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Turut serta dalam majlis tadi TYT Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Syeikh Mahmood Husain Qatthan dan Konsul Islam di Kedutaan, Syeikh Abdul Rahman Al-Harfi.