Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) - IPURA - 1Media.My

Header Ads

Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) - IPURA



KEBANGKITAN UMMAH SERANTAU

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Pengarah JK Pelaksana IPURA

1. Kota Bharu Kelantan Darul Naim sekali lagi menjadi saksi kebangkitan ummah dan kali ini melibatkan ummah dan kepimpinan mereka di rantau Asia.

2. Ianya akan diterjemahkan dalam tiga (3) program mega yang dikembarkan dalam satu Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) dan ia dipengerusikan oleh *Ybhg Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man* selaku Timbalan Presiden PAS.

3. IPURA mempunyai 3 program berkembar.

i - Seminar Ulamak Antarabangsa yang bakal mengumpulkan para alim ulamak dari Rantau Asia. Ianya terhad kepada alim ulamak yang diundang sebagai peserta dan perwakilan. Berlangsung sepanjang tempoh IPURA Iaitu hari Jumaat dan Sabtu (21-22 Julai 2017). Pengarahnya ialah *Ybhg Datuk Dr Nik Mohd Zawawi bin Salleh* (merangkap Setiausaha Majlis Syura Ulamak)

ii - Seminar Dakwah Antarabangsa pula berlangsung pada masa yang sama di lokasi berhampiran dengan sasaran berbeza melibatkan agensi-agensi dakwah serantau, ngo, aktivis dakwah dan lainnya. Pengarahnya ialah *Ybhg Hj Husin bin Ismail* (merangkap Pengarah Yayasan AMAL Malaysia)

iii - Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) akan berlangsung disepanjang tempoh 20 - 22 Julai 2017. Bermula dengan pendaftaran peserta dari seluruh rantau Asia dan pra perasmian pada hari Khamis (20 Julai 2017), hinggalah 21 Julai (Jumaat) dan berakhir pada 22 Julai (Sabtu) pada jam 11.50 malam di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan.

4. Anda yang ingin menyaksikan fenomena kebangkitan ummah serantau dan menyertai gelombangnya, maka pastikan anda tidak terlepas peluang dengan mengosong tarikh berikut :

4.1 - PRA PERASMIAN IPURA

Tarikh : 20 Julai 2017
Hari : Khamis
Masa :
10.00 am - 03.00 pm : Pendaftaran
03.00 pm - 06.30 pm : Aktiviti kepemudaan
08.30 pm - 11.30 pm : Majlis Pra Perasmian
Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan

4.2 - PERASMIAN IPURA dan Aktivitinya

Tarikh : 21 Julai 2017 - 22 Julai 2017
Hari : Jumaat - Sabtu
Masa : 8.00 am (Jumaat) - 11.50 pm (Sabtu)
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan.

5. Aturcara lengkap akan diumumkan kelak apabila tiba masanya yang tepat dan sesuai. Pastinya ia mengandungi acara dan *aktiviti yang menarik untuk memugar kesedaran dan menyemarakkan kebangkitan ummah* ke arah menjulang syariat dan membina rantau yang sejahtera bersama Islam.

Sekian.