NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hasan Ali akan sertai PAS semula?




PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengakui ada pimpinan PAS yang mahu dia kembali kepada parti itu.

Namun bagi Hasan, keinginan itu sudah hampir tiada. Bukan sudah tawar hati, tetapi bekas Naib Presiden PAS 2001 itu lebih selesa dengan keadaan dirinya ketika ini.

“Keinginan itu (masuk politik) hampir tiada. Tapi, sekiranya agama dan bangsa saya menjadi taruhan, mungkin perkiraan itu berbeza sikitlah, kerana masuk politik ini memerlukan pengorbanan. Kalau yang masuk politik itu sebab mahu kaya ia bukan pengorbanan.

“Saya tidak nafikan, ramai pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS mahu saya masuk semula PAS. Tapi saya tidak bagi jawapan pasti. Pada peringkat ini, saya lebih selesa dengan apa yang saya buat,” katanya pada pertemuan dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Sebagai bekas Exco PAS Selangor dan pernah dipecat daripada parti itu pada 2012, hubungannya dengan pimpinan Pas masih kekal baik sehingga hari ini.

Bahkan, Hasan pernah berdiri sepentas dengan PAS membicarakan isu Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

“Saya masih lagi bertemu rakan-rakan dalam PAS. Hubungan saya dengan pimpinan PAS pun okay. Dan jika boleh ziarah Ustaz Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) saya mahu jadi yang terawal menziarahinya.

“Cuma dulu, orang tak faham bila saya dikeluarkan daripada PAS.

“Bila kenyataan saya berkenaan parasit itu menjadi kenyataan, barulah orang faham. Tapi orang yang faham itu sudah pun terlewat,” katanya.

Hasan yang masih mengikuti perkembangan politik tanah air bagaimanapun enggan mengulas isu yang berlaku di Selangor.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-ada-datang-merisik-1.679127
© all rights reserved
made with by templateszoo