NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Exco PAS kekal hingga PRU, kata Azmin



SHAH ALAM: Mandat kerjasama PKR-PAS di Selangor akan diteruskan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang demi mengekalkan komposisi pentadbiran negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tiada perubahan dalam kabinet kerajaan negeri Selangor akan dibuat sehingga penggal berakhir.

"Kerajaan terbentuk berdasarkan sokongan majoriti ahli dewan negeri, bukannya kepartian. Jadi kita ada 43 DUN yang dibentuk hasil sokongan dan mandat rakyat. It is my duty, adalah tanggungjawab saya untuk menjaga amanah diberi rakyat bukan saya yang buat pilihan.

"Dalam penggal ini rakyat pilih kita untuk bekerja, bukan untuk bergaduh.

"Jadi bila rakyat suruh kita kerja kita mesti tunduk. Bekerja untuk rakyat," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di SACC Convention Centre di sini hari ini.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda Nasional AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor supaya segera melakukan rombakan kabinet negeri dengan mengetepikan PAS.

Ini berikutan Muktamar PAS ke 63 di Kedah, baru-baru ini meluluskan tanpa bahas usul memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR.

Bagaimanapun, keputusan muktamad hanya akan dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS apabila badan itu bersidang, dijangka tidak lama lagi.

Namun apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, Timbalan Presiden PKR itu berkata segala keputusan terletak di tangan Majlis Syura Ulama PAS.

"Jangan buat spekulasi kerana seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Keadilan kita akan menghormati keputusan Majlis Syura PAS," katanya.

Sumber: http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wnc5VkaA==

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo