NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Exco Dan Wakil Rakyat PAS Tidak Boleh Dibeli



Sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor saya ingin menegaskan di sini bahawa Exco-Exco dan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS di Selangor tidak boleh dibeli untuk menggulingkan kerajaan negeri hari ini.

Tidak ada jumlah wang yang akan dapat membeli mana-mana Exco atau Ahli Dewan Negeri untuk membentuk kerajaan negeri yang baru bersama UMNO.

Ketika Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS hanya memiliki majoriti 1 kerusi, kerajaan negeri tidak tumbang kerana tidak ada satu pun ADUN PAS yang dapat dibeli.

Oleh yang demikian, telah terbukti bahawa wakil-wakil rakyat PAS mempunyai integriti yang tinggi dan tidak akan menggadaikan prinsip mereka.

Rakyat di negeri Selangor telah mendapat pembelaan yang sewajarnya sejak Mac 2008.

Mereka telah menikmati manfaat dari pelbagai program-program kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau yang sekarang ini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Adalah tidak masuk akal untuk menyerahkan kembali negeri ini kepada UMNO dan sekaligus merungkai segala inisiatif-inisiatif yang telah diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini.

Maka sebarang usaha untuk membeli Exco atau Ahli Dewan Negeri PAS adalah sia-sia kerana ia tidak akan berjaya.

Mandat besar yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum 2013 tidak akan dikhianati.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor
10 Mei 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo