NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Takiyuddin kekal SU Agung PAS untuk Sesi 2017-2019



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Datuk Takiyuddin Hassan kekal sebagai setiausaha agung parti itu bagi sesi 2017 hingga 2019.

"Kita sudah membuat perjumpaan dengan ahli jawatankuasa kerja pusat dan bersetuju untuk membuat lantikan yang pertama iaitu setiausaha agung. Kita meneruskan (khidmat) Datuk Takiyuddin Hassan.

"Itu sahaja yang kita buat pelantikan (setakat ini)," katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-63, di Alor Setar hari ini.

Jawatan setiausaha agung merupakan salah satu jawatan yang dilantik kepimpinan tertinggi parti tanpa melibatkan proses pemilihan.

Terdahulu, muktamar PAS hari ini mengesahkan Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad berjaya mengekal jawatan mereka sebagai naib presiden PAS melalui pemilihan yang diadakan.

Idris yang juga anggota Parlimen Bukit Gantang memperoleh sokongan terbanyak dengan 1,062 undi, diikuti Mohd Amar (950 undi) dan Iskandar (703 undi).
© all rights reserved
made with by templateszoo