NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adun Selat Kelang prihatin, serah sumbangan kepada pelbagai pihak



Dewan Telok Pulai Klang, 10 Mei- Adun Selat Klang YB Dr Halimah Ali menyerahkan RM561, 600 kepada penerima pelbagai sumbangan kerajaan negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang sekarĆ ng ini dikenali sebagai inisiatif peduli rakyat.

20 orang penerima RM1000 khairat kematian warga emas SMUE fasa 1, 79 waris warga emas menerima RM1. 5K SMUE fasa 2. Kesemuanya RM118, 500.

Seramai 219 pelajar dari 12 Tadika menerima RM43, 800 di bawah Skim Tunas yang diasaskan oleh YB Dr Halimah sendiri semasa menyandang Exco Pendidikan kerajaan Selangor.



2 buah Taska menerima Skim Si Kembar. 30 penerima pinjaman mikro kredit tanpa riba fasa 1 hingga 4, mengikut prestasi pinjaman, dari sekecil RM 3K. Seorang menerima RM 50K juga diserahkan oleh Adun Selat Klang yang berjumlah RM 328,000.


Sumbangan bulanan makanan asas Food stamp untuk 100 orang golongan miskin di Selat Klang dan kad rawatan percuma yang bernilai RM 500 setahun di serahkan kepada 92 orang penerima.

Alhamdulillah penerima dari seluruh Dun Selat Klang termasuk dari sejauh Pulau Ketam rata rata teruja dan bersyukur atas segala sumbangan yang meliputi semua bangsa.

YB Dr Halimah merakamkan setinggi penghargaan kepada rakyat Selat Klang yang berani membuat keputusan bijak memilih pakatan rakyat 2008 yang membolehkan pelbagai macam program menjaga kebajikan rakyat dan mengatur pembangunan negeri Selangor walaupun tiada telaga minyak dan lombong emas seperti negeri lain.

Beliau juga terharu dengan kerjasama/sinergi dan pengorbanan pegawai dan anggota dari pejabat daerah Klang yang menguruskan sumbangan tunai SMUE walaupun pada hari cuti umum. Pihak YAWAS, Skim Hijrah, Ketua kampung, nazir masjid, persatuan penduduk dan dif kehormat serta seluruh sukarelawan Pas DUN Selat Klang. Pasukan Bomba Sukarelawan/Briged Amal Selat Klang serta Amalnita Selat Klang sebagai produk yang diasaskan YB Dr Halimah sentiasa bersama memantapkan program. Syukur kepada Allah swt.

#baldatuntayyibatunwa rabbun ghafur

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo