NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak Akan Kaji Semula Undang-Undang Syariah



KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri akan mengkaji beberapa perkara dalam undang-undang syariah untuk penambahbaikan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata antara perkara yang akan dikaji ialan undang-undang keluarga termasuk melibatkan perkahwinan campur, penceraian dan memeluk Islam.

Katanya sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali untuk memantau kajian tersebut.....

Reclaimed land will be collateral for China loan, Penang CM says



GEORGE TOWN, May 29 — Penang will use a portion of the reclaimed land from the proposed South Reclamation Scheme (SRS) as collateral for taking a loan from China, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

The Penang lawmaker said the state will also need the federal government to issue an approval letter to enable the state to obtain loans directly from China.

“The loan period from China is only five years so we would not be borrowing a large sum, it will not be more than RM1 billion,” he told a press conference at his office today.

Lim clarified that the state is borrowing money direct from China and not a bank in China.

He was responding to criticisms by Penang Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Zainal Abidin Osman over the state passing a Penang Loan (Banks and Other Financial Sources) Bill 2017.

Zainal had demanded to know why the state government needed to borrow funds from overseas when the state has a budget surplus of RM1.6 billion.

“We don’t deny that we have budget surplus but we want to take a loan from China because when we take loans from a country, the interest rate is low,” Lim said.

He said the fact that China is willing to lend money to Penang is a recognition of Penang’s ability.

“We are talking about China, a country, not a bank. It will enhance and put Penang on the global map as a state with outstanding and brilliant financial performance,” he said.

He said the state government is not “selling the state” by borrowing a sum that is less than RM1 billion.

Lim said the loan is to partially finance the RM27 billion Penang Transport Master Plan (PTMP).

He added that project delivery partner (PDP) SRS Consortium may have to take the balance of RM26 billion loan from other banks.

The proposed SRS is off Permatang Damar Laut and was meant to fund the PTMP.

The SRS includes the creation of two man-made islands off the coast, of about 2,000 acres and 1,300 acres respectively, and later another island covering 800 acres.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/reclaimed-land-will-be-collateral-for-china-loan-penang-cm-says#sthash.nCUkJbL9.JjlPfzaW.dpuf

Datuk Dzulkifli harapan kepada perubahan Felda



PERTUBUHAN Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dzulkifli Abdul Wahab diatas pelantikan selaku Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) berkuatkuasa 1 Jun 2017.

Dzulkifli adalah individu yang mempunyai pengalaman yang cukup lama dengan Felda selama 30 tahun dan jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Besar Felda.

Sebaik Tan Sri Isa Samad menyertai Felda selaku Pengerusi, kedudukan Dzulkifli akhirnya ditolak ketepi.

Sejak tahun 2012 banyak pendedahan mengenai penyelewengan dan kerugian agensi ini. Malah kewujudan Felda Global Ventures (FGV) kemudiannya memberi kesan besar kepada warga Felda yang menatijahkan zaman gelap buat agensi ini.

Felda diambang kegawatan, biarpun pengerusinya yang baru, Tan Sri Shahrir Samad menyatakan agensi itu masih ada harta dan simpanan, namun beliau tidak mampu menafikan simpanan dan harta Felda sebenarnya tidak sebaik prestasinya suatu masa lalu pada zaman Tan Sri Yusof Noor atau yang terdahulu Tan Sri Raja Alias.

Felda yang menjadi kebanggaan dan tempat bergantung khasnya kepada orang Melayu memiliki tanah dan mendapatkan sumber pendapatan kini semakin parah, malah menyebabkan peneroka pula kesusahan.

Melihat pula kepada fungsi FTPSB yang bakal dikendalikan Dzulkifli selepas 1 Jun, NGO GENERASI amat mengharapkan agar beliau mampu memberi sinar baharu kepada FTPSB apatah lagi menurut Akta Tanah (penempatan berkelompok) 1960 kewujudan FTPSB sebenarnya bertentangan dengan akta terbabit.

Sebaiknya insan yang banyak pengalaman seperti Dzulkufli bakal memberi dan membawa satu dimensi baharu kepada hal ini sama ada membawa usaha meminda dan memastikan kewujudan FTSPSB absah dan kemudiannya memberi kebaikan kepada warga Felda.

Tahniah sekali lagi kepada Dzulkifli dan kami amat mengharapkan beliau menyuntik pembaharuan demi kebaikan warga Felda.

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO GENERASI – HARAKAHDAILY 31/5/2017

Seminar Dialog Celik Undang-Undang



Tarikh: 10.6.2017

Masa: 8.30 pg- 12.45 tgh

Tempat: Balai Ilmu,  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 

Anjuran:Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Association Of Muslima  In Nurture And Advocacy 

Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam UM. 

Tema: Celik Undang-Undang Wanita Terpelihara

1. Ucaptama oleh : Prof Dr Datin Raihanah Abdullah 
Tajuk: Hak Wanita dalam Islam

2. Dialog Peruntukan Perundangan dan Prosedur Tuntutan di Mahkamah Syariah 

(i) Puan Marlina Amir Hamzah A.M.N (Naib Presiden 2 Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia)

(ii) Dr Mohd Norhusairi Mat Hussain (Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Undang-undang Akademi Pengajian Islam UM

(iii) Dr Siti Aishah Hassan (Pengerusi Association of Muslima In Nurture And Advocacy)


Borang penyertaan: https://goo.gl/forms/gyPJCEVJrvG79LN13                      

Pakatan Dengan Geely Akan Bebaskan Proton Daripada Subsidi Kerajaan - Ahli Parlimen



KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pakatan strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dari China, akan membebaskan pengeluar kereta nasional itu daripada subsidi berterusan kerajaan yang turut menggunakan wang pembayar cukai, kata seorang Ahli Parlimen hari ini.

Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata subsidi mencecah berbilion-bilion ringgit sejak penubuhan Proton pada 30 tahun lepas, juga bukanlah sesuatu yang dapat diteruskan untuk selama-lamanya.

Sehubungan itu, pakatan dengan syarikat automotif besar global seperti Geely itu sebenarnya turut disertai pelbagai prospek menarik demi pertumbuhan masa depan Proton.

"Proton kini mampu meningkatkan pengeluarannya sehingga lima kali ganda kepada 500,000 unit kenderaan dalam tempoh tiga tahun menjelang 2020 menerusi penyertaannya dalam ASEAN dan paling penting, pasaran China yang amat besar.

"ASEAN mempunyai 600 juta penduduk manakala angka jualan kereta China pula sebanyak 28 juta setahun. Jika Proton, menerusi Geely mampu memperoleh satu peratus pasaran China, maka ini bermakna Proton dapat mengeluarkan 280,000 unit kereta tambahan," katanya kepada Bernama.

Ahmad Fauzi berkata pengeluaran tahunan Proton ketika ini yang membabitkan kira-kira 74,000 unit kereta hanya mewakili 20 peratus daripada kapasiti sebenar kilang di Tanjung Malim, Perak.

"Bagaimanapun, menerusi pakatan dengan Geely, ini bermakna pengeluaran Proton itu tiada hadnya. Bayangkan juga aspek penawaran ribuan pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia."

Pada Rabu lepas, Proton Holdings Bhd sebagai pemilik Proton memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holdings Co Ltd yang menyaksikan Geely memiliki 49.9 peratus pegangan manakala Proton mengekalkan pegangan majoriti sebanyak 50.1 peratus.

Ahmad Fauzi yang mengikuti rapat perkembangan dalam industri automotif turut menyifatkan rekod pencapaian Geely sejak menngambilalih pembuat kereta Volvo dari Sweden pada 2010 sebagai "amat memberangsangkan'' yang dibuktikan menerusi pengeluaran 200,000 unit tambahan daripada apa yang dilakukan Volvo secara sendirian, sebelum ini.

"Pada 2015 misalnya, Volvo berjaya mengeluarkan lebih 500,000 unit kereta -- angka tertinggi dalam tempoh 90 tahun sejak penubuhannya. Saya yakin, perkara sama juga akan dilakukan oleh Geely terhadap Proton," katanya.

Ahli Parlimen itu turut berkongsi keterujaannya terhadap masa depan Proton kerana jalinan pakatan dengan Geely juga menandakan sejumlah 60,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung serta kira-kira 200,000 vendor, pengedar dan pembekalnya juga mampu dipertahankan.

Malah, usaha menyelamatkan pekerjaan itu sememangnya menjadi keutamaan kerajaan apabila bertindak menyuntik dana ke dalam Proton sejak bertahun-tahun lamanya dan penjualan kepentingan dalam Proton itu wajar dilihat sebagai satu keputusan perniagaan yang mutlak dan bukannya atas alasan lain.

"Saya menyokong pandangan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Ghani yang berharap demi kemajuan pada masa depan, tiada lagi subsidi seterusnya untuk Proton dan ia mampu berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Kerajaan tidak sewajarnya menyalurkan wang ke dalam perniagaan yang merugikan. Kita perlu menamatkan sebarang perniagaan yang hanya menyebabkan kerugian," katanya.

Ahmad Fauzi turut membangkitkan senario industri automotif ketika ini jauh berbeza daripada 30 tahun lepas sewaktu Proton mula bertapak.

Ini berikutan berlakunya evolusi dalam industri itu yang menyaksikan pelbagai usaha penggabungan berterusan melibatkan penggiat pasaran automotif global kini menjadi stratregi utama.

Beliau merujuk kereta jenama ikonik Britain, Land Rover yang diambilalih oleh Tata Group dari India, Vauxhall juga dari Britain oleh PSA yang juga firma Perancis, Renault yang dikuasai oleh Nissan serta Volvo dan London Taxi Company oleh Geely.

Menurutnya, kalangan masyarakat Britain tidak pernah merujuk urus niaga sedemikian sebagai 'satu bentuk penjualan' dan menyarankan supaya rakyat Malaysia sewajarnya dapat mencontohi sikap sedemikian.

-- BERNAMA

PAS azam bawa sistem Islam dalam pentadbiran



Jangan kaitkan insiden 'tampar Mejar Zaidi' dengan PAS




Oleh Ainor Rahim

SHAH ALAM: Jangan kaitkan PAS dengan insiden Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mejar Zaidi Ahmad ditampar ketika himpunan aman anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu, Jumaat lalu. 

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata himpunan aman itu memang dipimpin oleh bekas Ketua Pemuda PAS negeri itu, namun ia tidak bermakna Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mewakili parti PAS. 

Malah Fauzi memberitahu sejak Hafiz tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam PAS, bekas pemimpin parti itu amat dikenali sebagai pemimpin Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP). 

"Pasal apa nak kait dengan PAS. Isu yang berlaku semua orang tahu dah, isu yang mereka tuntut berkenaan dengan fatwa. Jadi isu ini memanaskan umat Islam termasuk NGO-NGO. Jadi NGO dia bertindak sendiri, tiada berkaitan dengan PAS. 

"Kita tidak ada kena mengena dengan NGO itu. Itu NGO punya. Ustaz Hafiz ini bukan baru, dia ini. Dia bekas Ketua Pemuda lama dah. Dia dah diketahui terlibat dengan NGO," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. 

Usai solat Jumaat minggu lalu, video Zaidi ditampar oleh seorang penyokong JMPP tular di laman sosial. 

Zaidi dikasari selepas dikatakan cuba membuat provokasi ketika Hafiz sedang berucap di luar Masjid Simpang Enam, bagi membantah campurtangan kerajaan negeri dalam urusan fatwa oleh muftinya. 

Zaidi ketika ditemui pemberita berkata beliau hanya bertanyakan soalan namun dikasari seorang daripada penyokong NGO itu. 

Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu itu. 

Selepas video Zaidi tular, banyak pihak menyatakan rasa kurang senang dan ada yang mengaitkan insiden itu dengan PAS.

Sandiwara UMNO-PAS: LUHAM Terengganu Respon Kenyataan PAN




Kenyataan Balas kepada kenyataan YBM Dato Raja BahrIn MP Kuala Terengganu dalam Malaysia kini bertarikh 29/5/2017 di bawah tajuk "Hentikan sandiwara Umno-Pas, kata Amanah" adalah dirujuk. 

1. Luham Terengganu melihat reaksi dan komen MP Kuala Terengganu  lebih bersifat persepsi dan publisiti politik kekampungan yang mana isu perlaksanaan perundangan Islam dalam negeri Terengganu adalah isu bersama yang perlu diperjuangkan  oleh  umat Islam tanpa sempadan ideology politik. Mengembalikan semula sistem perundangan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Terengganu melalui Itqan al-muluk atau undang-undang tubith negeri sebelum kedatangan kuasa Inggeris bukan sesuatu yang asing bahkan setelah kita mencapai kemerdekaan tiada sebab untuk perlaksanaan perundangan Islam tidak boleh direalisasikan dalam  konteks perundangan semasa. Seharusnya semua pihak tnengambil bahagian masing-masing dengan perasaan kebersamaan dan ukhuwah islamiyali untuk menterjemahkan hasrat murni ini.


2. Luham percaya Pas adalah parti politik yang berfikiran jauh dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan individu dan kepuakan. Umno -BN adalah parti pemerintah di Terengganu pada  masa material ini, adalah menjadi obligasi kerajaan semasa untuk  penguatkuasakan warta Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2002 walaupun pewartaan tersebut telah dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan Pas (1999-2004) yang lalu. Sehingga sekarang tiada bukti  Enakmen tersebut dibatalkan atau tiada keputusan malikamah yang membatalkan di atas apa jua alasan. Oleh itu kenapa perlu diadakan usul baru terhadap Enakmen tersebut untuk dibahaskan semula  di peringkat DUN. Sebaliknya para legislator perlu menekankan aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan pewartaan enakmen tersebut menurut procedure yang sedia ada. Persoalanya samada dan sejauhmanakah Kerajaan Terengganu sekarang serius atau tidak dalam perkara ini.


3. Luham percaya RUU 355 adalah salah satu pendekatan yang digunakan untuk mengisi  ruang  yang dibenarkan dalam konteks Perlembagaan Malaysia tanpa memprejudis undang-undang yang   sedia ada dan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen. Pas mengambil langkah dan perdekatan ini melalui hubungan Kerajaan Kelantan dan Persekutuan dalam semangat federalism bagi membolehkan peranan dan kedudukan mahkamah syariah dimartabatkan sebagai institusi keadilan yang mementthi tuntutan syariah.


Haji Mohd Zabidi Yusof
Pengerusi LUHAM
Negeri Terengganu.      
30 mei 2017 / 4 Ramadan 1438                        


Kuatnya Pakatan Harapan Kerana Huruf ‘T’



Oleh: Salam Muhammad @ BayangDiAir

Kuat ayam kerana ‘T’ ,taji. Kuat Hang Tuah kerana‘T’, tuah. Kuat Pakatan Harapan (PH) kerana ‘T’, temberang. Bermula dengan asbab tertubuhnya PH adalah temberang. Temberang konon PAS telah ditolak oleh rakyat. Peliknya, bila dah tertubuh baru nampak PAS perlu dirujuk, PAS perlu dipujuk. Temberang pertama tak menjadi.

Temberang kedua pun datang. Kalau tidak bersama PH, PAS dikatakan menjadi tongkat UMNO. Tidak pula diberi contoh tongkat itu. Tongkat Alikah? Tongkat semambukah?  Sekadar membawa wawasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, PAS secara semberono dituduh memberi tongkat kepada UMNO. Langsung tidak konkrit. Sekadar membina persepsi buruk. Sekadar sakit hati pakaian sedondon.

Temberang ketiga, PAS diramalkan akan kalah besar dalam PRU14. Lim Kit Siang kata PAS akan jatuh di Kelantan. PAS tak akan menang walau satu kerusi DUN pun di Selangor dan Perak. Temberang yang sahaja dicipta oleh Pak Belalang untuk menakutkan PAS. Motifnya adalah supaya PAS ‘U-turn’ kembali ke dakapan PH.

Temberang berterusan. Pemimpin PAS difitnah terima duit RM90 juta duit 1MDB. Bermula dengan penyaluran maklumat temberang kepada Sarawak Report oleh ‘hantu raya’. Disusuli oleh dakwaan Husam kuasa 10 yang dijaja dari kedai kopi ke ceramah perdana. Diakhiri oleh Rapiji melalui SD. Apabila PAS mula mengambil tindakan saman, habis senyap macam tikus sembunyi dalam beras basmathi.

Temberang Kit Siang dalam terang tak perlu bersuluh. Kit Siang ugut nak saman Tuan Guru Haji Hadi        ( TGHH) kerana dakwa DAP anti-Islam. Sudah sebulan lebih. Tak saman-saman. Maka benarlah dakwaan TGHH. Cuma PAN tak sedar diri. Duk pertahan musuh agama sendiri. TGHH, ulama rujukan dunia diperli. Lim Kit Siang pula diangkat semacam wali.

Temberang DAP bertingkat-tingkat. DAP temberang dengan CAT-nya. Baru-baru dapat kuasa pada 2008, prinsipnya CAT ( Cekap, Telus, Amanah). Jaja sana jaja sini akulah ‘khalifah Umar Abdul Aziz’. Bila dah dua penggal memerintah Pulau Pinang, projek mega pula yang diutamakan, rakyat marhaen majority Melayu/Islam dilupakan. Terpalit pula dua isu penyelewengan, banglo terlajak murah dan penjualan tanah Taman Manggis. Retorik kepalsuan berkecai habis.

Temberang DS Anwar, PKR tidak melanggar apa-apa prinsip tahaluf siyasi. PKR juga menyokong RUU355. Katanya, Majlis Syura Ulama PAS membuat pertimbangan yang salah. Habis kenapa tak kemukakan hujah secara tuntas?  Jawablah secara jelas 3 sebab putus yang dikatakan PAS.

Temberang bersiri-siri. Kata mereka,  Azmin Ali telah memecat ketiga-tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor. Tut-tut, apabila Azmin menghadap Sultan Selangor, diputuskan bahawa exco PAS kekal demi kepentingan rakyat. Temberang yang membuatkan Mat Sabu dan pemuka PAN kempunan dan meroyan.

Bapak temberang, Mahathir,  pun datang bersama keris telanjang. Tergesa-gesa PPBM ditubuhkan . Katanya mahu jatuhkan Najib yang degil. Najib yang guna duit 1MDB. Najib yang merudumkan ekonomi negara. Akhirnya, terbongkar. Mahathir nak angkat anaknya Mukriz jadi PM. Bagai burung terbang dipipiskan lada. Kaum kerabat PH berlumba-lumba mendraf kabinet bayangan mereka. 

Sampai bilakah berakhirnya temberang bersiri ini? Mampukah PH bertahan sebelum PRU14? Nampak gayanya temberang dalam memilih calon PM amat sengit sekali. Akan tiba klimaks berebut kerusi. Sekarang ini pun PKR bertegas agar jangan sesiapa ganggu 30 kerusi Parlimennya.Ingatkan PAS yang jadi mangsa temberang. Rupa-rupanya temberang sama-sama kerabat PH sendiri.  

Berbalik kepada tajuk di atas tentang kuat tadi. Sudah terbukti, kuatnya PH kerana ‘T’, temberang. Sedangkan kuatnya PAS kerana ‘I’, Islam. Manakala kuatnya UMNO/BN kerana S.P.R. Fikir-fikirkan.                        

Kesan Tidur Selepas Subuh Pada Waktu Puasa


Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan masa yg sesuai antara tiga puluh minit sebelum zohor. Ambil masa 10-15 minit saja. 

Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa..


Masih adakah kuasa veto Raja-Raja Melayu?



Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Untuk Perkara Perundangan (Legislative) 

Melalui pindaan Perlembagaan yang dibuat pada 1983, 1984 dan 1994, kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja boleh dipintas oleh proses perundangan melalui pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan. 

Perlembagaan Persekutuan sebelum 1983, membenarkan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, jika tidak bersetuju atau berkenan dengan sesuatu undang-undang yang hendak diwartakan, diberikan kuasa memberi nasihat, memberi amaran atau menangguhkan proses kelulusan undang-undang tersebut tanpa had masa yang ditetapkan. 

Kuasa untuk menangguhkan proses kelulusan sebelum ini disalah anggap ramai pihak sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Ia hanyalah satu kuasa untuk menangguhkan proses kelulusan undang-undang tanpa had masa penangguhan ditetapkan. 

Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sebelum tahun 1983, tidak menyatakan had masa tempoh penangguhan yang dibenarkan. Ianya ditetapkan oleh tradisi, resam (convention) dan pertimbangan yang waras. Walau bagaimanapun, selepas pindaan dibuat kepada Artikel 66 tersebut, had masa 30 hari telah ditetapkan sebagai tempoh had masa maksimum sesuatu proses kelulusan undang-undang boleh ditangguhkan. 

Artikel 66 (4) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan Akta 885) Yang Di-Pertuan Agong hendaklah di dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada baginda memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar. 

Artikel 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan Akta 885) Jika sesuatu Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya. Melalui pindaan-pindaan ini, selepas tempoh 30 hari penangguhan, bersetuju atau tidak, Rang Undang-Undang yang dikemukakan dan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, akan “diluluskan” oleh Yang Di-Pertuan Agong. 

Kuasa menangguhkan ini yang selama ini diberikan tanpa had masa, telah disalah anggap ramai pihak sebagai kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong. Ia sebenarnya hanyalah kuasa untuk menangguhkan tanpa had masa yang ditetapkan sehingga pindaan dibuat pada 1983, 1984 dan 1994. Tetapi Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa Veto atau kuasa membuat kata pemutus dalam perkara-perkara penting dalam Perlembagaan. 

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja Untuk Perkara Penting Perlembagaan Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (4) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa Veto Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas. 

Pindaan Artikel 66 Hanya Untuk Proses Kelulusan Rang Undang-Undang dan Bukan Pindaan Perlembagaan Pindaan Artikel 66 tersebut hanya melibatkan proses kelulusan perundangan biasa dan tidak melibatkan sebarang proses pindaan perkara-perkara Perlembagaan. 

Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada Artikel 159 (4) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 159 (4) Perlembagaan Persekutuan: Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4) , undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian 3, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. 

Akta Hasutan 1948 merupakan undang-undang yang terletak di bawah Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan. Keabsahan kewujudan Akta Hasutan 1948 yang merupakan undang-undang yang dibuat sebelum Hari Merdeka diiktiraf kewujudan serta keabsahannya oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 162. Walaubagaimanapun, masih terdapat pihak-pihak yang mahu supaya Akta Hasutan 1948 ini dimansuhkan. 

Semua pihak perlu diingatkan kembali tentang Kuasa Veto Majlis Raja-Raja dalam 11 Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Jangan sesekali melangkaui had yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. 

Read more at: https://www.menara.my/kuasa-veto-raja-raja-melayu/

Ahli akademik dakwa PAN kuda tunggangan DAP




PEMIMPIN AMANAH BODOH, KUDA TUNGGANGAN DAP

TULISAN DR MUHAIMIN SULAM

Saya tertarik untuk mengulas tulisan Naib Pengerusi 1 AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam, bertajuk “Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza” yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada pukul 12:58 tengahari tadi, 24 Mei 2017, sekaligus mengulas tulisan beberapa orang pemimpin AMANAH lain.

Di antara lainnya, Dr Muhaimin Sulam menulis begini:
“Kamarul Zaman adalah seorang penutur bahasa politik yang baik. Adalah tidak benar jika beliau dituduh sebagai sarjana bodoh. Lebih daripada itu, jangan diheret sama universiti yang menaunginya dalam perbahasan wacananya.”
“Universiti itu tidak bersalah dan tidak perlu dihukum kerana bahasa Kamarul Zaman.”
“Pihak yang menuduh beliau sebagai bodoh - pada mata saya - adalah pembaca suatu doktrin politik juga.”
“Noam Chomsky membahagikan bahasa kepada dua; bahasa mengikut kamus dan bahasa mengikut doktrin. Mana mungkin graduan Indiana University dengan pointer tinggi, serta anak didik Prof Dr Redzuan Othman di Universiti Malaya (UM) boleh dihukum bodoh semudah itu?”

Sambung Dr Muhaimin Sulam lagi:
“Bagi saya Kamarul Zaman bijak menggunakan bahasa sebagai modal sosial yang berharga bagi UMNO dan PAS. Gagasannya mudah difahami oleh sebahagian daripada masyarakat Melayu. Sikit atau banyak yang faham, itu persoalan lain.”
“Hampir keseluruhan tulisan Kamarul Zaman cuba membina persepsi bahawa pembangkang - terutamanya Pakatan Harapan - sebagai bermasalah dan salah. Itu objektifnya. Itu motif akhirnya.”
“Sepintas lalu, beberapa terma digunakan Kamarul Zaman seperti, bacul, bodoh, ekstrim, hipokrasi, rakus, dominan, tidak siuman dan lain-lain bolehlah saya kategorikan sebagai persoalan seputar isu Melayu dan Islam yang bersifat etniksiti dan agama. Inilah dogma yang hendak dikemukakan oleh beliau kepada khalayak.”
“Khalayak yang memiliki tahap bahasa yang selari dengan bahasa yang digunakan oleh Kamarul Zaman akan mudah menerima hujah pensyarah universiti itu.”

Terima kasih kepada Dr Muhaimin Sulam kerana masih berfikiran rasional, walaupun sebahagian besar pemimpin AMANAH lain sudah kelihatan dibawa oleh arus emosi, dengan menegur para pemimpin AMANAH, para pemimpin DAP dan para penyokong mereka yang menyifatkan saya sebagai bodoh, atau, di dalam bahasa Khalid Samad, bodoh tahap maksima, walaupun beliau sendiri adalah seorang pemimpin AMANAH.

Walaupun begitu, perlu dinyatakan bahawa saya adalah seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara terus-terang, iaitu “straight to the point”, dan bukannya seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara puitis dan bombastik sehingga kadangkala terlalu sukar sekali difahami apa isi sebenarnya seperti Dr Muhaimin Sulam. 

Perlu diakui bahawa saya, tanpa sebarang provokasi, pernah menggunakan istilah keras seperti “kelentong” di dalam tulisan saya pada 8 April lalu bagi merujukkan kepada Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; “tohmahan” di dalam tulisan saya pada 25 April lalu bagi merujukkan kepada Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan; dan “hipokrasi” di dalam tulisan saya pada 10 Mei lalu bagi merujukkan kepada DAP. Bagaimanapun, penggunaan istilah keras tersebut, pada hemat saya, ada justifikasinya. 

Istilah-istilah keras lain seperti “bacul”, “bodoh” dan “ekstrim” yang disebutkan oleh Dr Muhaimin Sulam pula sebenarnya hanyalah pemulangan kembali istilah-istilah keras tersebut yang dilemparkan kepada saya sebelumnya oleh para pengkritik saya. Ini pun sebenarnya tidak bersalahan dengan ajaran Islam sendiri yang di antara lainnya menyebut bahawa “Dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang)” dan bahawa “Maka balaslah pencerobohan itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu”.

PEMIMPIN AMANAH TIDAK MAMPU BERHUJAH

Apa pun, isu-isu yang membabitkan saya dengan Hannah Yeoh dan DAP beberapa hari kebelakangan ini sekadar menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada kemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyerang individu lain yang “menyentuh” DAP.

Seperti ramai yang mengikuti isu-isu ini sedia maklumi, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Apabila saya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan Hannah Yeoh.

Khalid Samad mem“bodoh tahap maksima”kan saya kerana kononnya menghujahkan menghujahkan bahawa “tak boleh ada apa-apa buku tulisan mengenai agama lain yang dijual di Malaysia”. Bila saya jelaskan bahawa tiada sepatah pun di dalam laporan polis ayat yang menggambarkan saya mahu buku Hannah Yeoh diharamkan dan betapa sejak 17 Mei lagi telah terpapar di dalam portal berita NST Online kenyataan saya bahawa buku Hannah Yeoh sepatutnya tidak dijual di rak terbuka tetapi dijual di rak Kristian, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Salahudin Ayub pula mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita. Bila saya jelaskan bahawa kebebasan beragama ini adalah dibataskan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam” dan oleh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di peringkat negeri yang memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa dan Zolkharnain Abidin pula mempersoalkan mengapa saya tidak terlebih dahulu mengajak Hannah Yeoh berwacana mengenai kandungan buku beliau. Bila saya jelaskan bahawa lontaran begini patut ditujukan kepada Hannah Yeoh, bukan kepada saya, kerana beliaulah yang pertama sekali membuat laporan polis terhadap saya sebelum saya membuat laporan polis terhadap beliau, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya. 

Punca sebenar isu buku Hannah Yeoh timbul ialah kerana tiga pengakuan beliau sendiri, iaitu mengenai betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; mengenai betapa beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; dan mengenai betapa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam. Bagaimanapun, sehingga kini Hannah Yeoh sendiri mahupun para pemimpin AMANAH dan para pemimpin DAP serta para penyokong mereka gagal membuat apa-apa penjelasan yang memuaskan mengenai pengakuan Hannah Yeoh ini, yang menjadi intipati kepada tulisan awal saya pada 10 Mei lalu bahawa Hannah Yeoh adalah contoh hipokrasi terbesar DAP.

Begitu juga bila saya umumkan pada 22 Mei lalu bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan, dan bahawa setakat itu sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan DAP.

Pengumuman tersebut saya buat pada pukul 7:06 pagi.

Pada pukul 3:06 petang, Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, terus keluar menyatakan saya tidak cerdik dan tindakan saya memang tidak cerdik, kononnya kerana bersusah-payah hendak membuat benda yang tidak perlu dibuat.

Pada pukul 6:39 petang, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, mengeluarkan satu kenyataan rasmi di atas nama KANUN mendakwa bahawa tindakan saya membuat memorandum terhadap DAP adalah salah satu tindakan bagi mendapatkan publisiti murahan semata-mata dan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam. Tambah beliau lagi, KANUN juga melihat tindakan saya lebih berbentuk hasutan kepada orang ramai khasnya orang-orang Melayu untuk membenci DAP dan seterusnya menolak untuk mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14. 

Pada pukul 7:38 petang pula, Ketua Pemuda AMANAH Perak yang juga seorang peguam, Mohd Fitri Asmuni, pula berpencak dengan menuduh saya sebagai cybertrooper bertaraf Doktor, penulisan saya tidak lebih dari sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun saya bertitle Doktor dan penulisan saya memenuhi ciri-ciri untuk tindakan saman fitnah difailkan terhadap saya.

Bandingkan kekerasan dan kekerapan tindakan para pemimpin AMANAH membela DAP dalam isu memorandum ini dengan hanya satu kenyataan rasmi dari DAP pada hari itu, yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada 23 Mei, iaitu oleh Ketua Pemuda Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh, yang berbunyi: “One do not need a PhD, or a Bachelor of Arts with Double major from Indiana University at Bloomington (IUB), or to be a Senior Achievement Award winner, to understand the 51-years-struggle of DAP for a better Malaysia. Kamarul Zaman just need to get hold of a copy of the DAP Constitution and read it through if he is reluctant to dig into the historical profiles and struggles of DAP in the archives.”

Kepada Wong Kah Woh, suka saya maklumkan bawa saya telah lama mengkaji Perlembagaan DAP dan telah kerap kali membuat komentar mengenainya, termasuk di dalam akhbar Berita Harian sejak 26 Jun 2015 lagi. Kamulah yang sebenarnya tidak cerdik kerana tidak memahami Perlembagaan DAP walaupun kamu sendiri bergelar Ketua Pemuda Kebangsaan DAP.

Kepada Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, kamulah juga yang sebenarnya tidak cerdik dan tindakan kamulah yang sebenarnya memang tidak cerdik kerana sebab yang akan saya nyatakan selepas ini.

Kepada Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan? 

Suka juga saya mencabar Wan Anwar Wan Ibrahim supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.

Suka juga saya mencabar Ketua Pemuda AMANAH Perak, Mohd Fitri Asmuni, supaya mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya jika benar tulisan saya mengandungi fitnah.

MENGAPA SAYA KATAKAN PEMIMPIN AMANAH BODOH?

Saya katakan pemimpin AMANAH bodoh kerana mereka sendiri sering menyatakan kebimbangan mengenai kurangnya sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, malah pernah secara terbuka berucap di hadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, begini pada 7 Februari lalu: “Isu yang kita bawa ini, iya, banyak. Tapi kalau jatuh BN, apa nak jadi pada orang Melayu? Ini tanggapan persepsi, bukan satu fakta. Tapi inilah yang dihadapi oleh kita menjelang pilihan raya yang akan datang. Memang pilihan raya yang ke 2013 kita janji nak hapuskan PTPTN, nak hapuskan tol, nak beri elaun kepada wanita yang tidak bekerja. Cukup menarik Buku Jingga kita. Tetapi orang Melayu bertanya, kalau jatuh BN, apa nasib pada orang Melayu? Inilah kita kena bina persepsi ini, terutama sekali rakan-rakan daripada DAP jugak kena membantu nak mengubah persepsi ini.”

Persepsi DAP anti Melayu anti Islam ini sudah lama tertanam di kalangan orang-orang Melayu Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah sampai sekarang Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam walaupun menyebut mahu berbuat demikian sejak 28 Januari lagi.

Kita pergi kepada kandungan memorandum yang kami, lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, ingin kemukakan bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan.

Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia” seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(b) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai “Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi” (Fasal II (4)) tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia”. 

Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak” seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(d) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai “Memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia” (Fasal II (2)), atau mengenai “Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama” (Fasal II (10)), atau mengenai “Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu” (Fasal II (11)), tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak”.

Jika DAP mahu terus bernyawa setelah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan, maka sudah tentulah DAP di antara lainnya perlu meminda perlembagaannya bagi memasukkan pengiktirafan ke atas “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia” dan bagi memasukkan pengiktirafan ke atas “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak”. Jika ini berlaku maka sudah tentulah serangan bahawa DAP anti Melayu anti Islam akan berkurangan, jadi tidakkah ini akan membantu kamu, para pemimpin AMANAH, untuk membantu menarik sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan?

MENGAPA PULA SAYA KATAKAN PEMIMPIN AMANAH KUDA TUNGGANGAN DAP?

Saya katakan pemimpin AMANAH kuda tunggangan DAP kerana tindak-tanduk mereka dan tindak-tanduk pemimpin DAP sendiri sering memperlihatkan bahawa pemimpin AMANAH diperkudakan oleh pemimpin DAP.

Seperti disebutkan di dalam tulisan ini sebelum ini, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Seperti disebutkan di dalam tulisan lain sebelum ini, setelah pemimpin PAS yang kalah di dalam pemilihan PAS pada tahun 2015 keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH, rekod menunjukkan pemimpin DAP-lah yang memberi nyawa kepada mereka melalui pelbagai cara, sama ada melalui saluran parti atau Kerajaan Pulau Pinang yang dimiliki DAP.

Belum pun AMANAH dilancarkan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah mengumumkan di Gelang Patah pada 5 September 2015 bahawa keutamaan terbesar selepas 16 September (pelancaran AMANAH) adalah merangka rencana terperinci bagi merampas Johor.

Di saat ada pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR, yang belum bersetuju Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September 2015, pemimpin DAP-lah yang bekerja keras bagi meyakinkan mereka supaya menubuhkannya segera demi kelangsungan AMANAH.

Sehari selepas Pakatan Harapan diwujudkan, Setiausaha Agung DAP selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengumumkan keputusan mesyuarat bahawa kerajaan itu digelar sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, bersama jawatan untuk AMANAH.

Dari sudut ideologi pula, Liew Chin Tong sejak awal-awal lagi mewajibkan AMANAH supaya memenuhi mandat progresif/sederhana dan mengemukakan satu wacana menyeluruh post-Islamis mengenai maqasid syariah bagi memenangi sokongan lebih ramai rakyat Malaysia.

TAKTIK DAP MEMPERKUDAKAN PARTI LAIN DIAKUI LIM KIT SIANG

Untuk makluman para pemimpin AMANAH, taktik DAP memperkudakan parti lain untuk kepentingan DAP ini pernah diakui oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sendiri di dalam kenyataan yang diberikan oleh beliau kepada Andy Mickey Choong Tek Choy pada 20 Mac 2006. Kenyataan Lim Kit Siang ini dimuatkan oleh Andy Mickey Choong Tek Choy di dalam tesis sarjana beliau bertajuk “Democratic Action Party of Malaysia and the Politics of Opposition Coalition Building” dengan National University of Singapore.

“DAP strategy within the opposition grouping was to buttress the young party and hoped that a prolonged opposition cooperation may be sustained and the PKR may come to maturity and lead the opposition forces not in the coming general election but the next. Hence, the DAP were willing to extend the level of cooperation from the various loose alliances with political parties and CSAs and took the next step of transforming the cooperation to a structured opposition coalition for electoral contestation. By doing so, the DAP viewed that it was able to fulfill their long term commitment to Malaysian society and at the same time checking on the expansion of PAS by supporting the development of PKR, which lacked the political machinery and resources as compared to the established political parties.”

“Furthermore, the DAP in the acknowledgement of political realities, attempted to use PKR and Anwar as a counter balance to PAS growth in the Malay political cleavage... In supporting the growth and development of PKR and the cultivation of Anwar supporters, the DAP was able to check on the growth and influence of the PAS in the opposition camp from within a structured coalition.” 

Kenyataan Lim Kit Siang ini menggambarkan betapa liciknya strategi DAP, berkawan dengan PAS di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PAS tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan PKR bagi memastikan PKR boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PAS.

Kini apakah tidak mungkin strategi sama sedang digunakan oleh DAP, iaitu berkawan dengan PKR di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PKR tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan AMANAH bagi memastikan AMANAH boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PKR?

Dr Kamarul Zaman Yusoff

ADUN UMNO Johor desak gantung The Star


Seorang ADUN Johor menggesa The Star digantung ekoran laporan muka depan akhbar harian berbahasa Inggeris itu pada hari Sabtu lalu yang didakwa menyakiti perasaan umat Islam di negara ini.

ADUN Kempas dari Umno, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat dalam kenyataan hari ini juga meminta pemilik The Star 'merombak pengurusan pengarang semasa akhbar itu agar lebih baik dalam memantau perkara-perkara berkaitan Islam'.

Tengku Putra mendakwa, akhbar itu "bertindak bercanggah dengan keamanan negara dan boleh mencetuskan gangguan awam".

Pengurusan tertinggi The Star akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini berhubung laporan muka depan itu yang memaparkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' bersama-sama gambar umat Islam sedang bersembahyang.

Semalam, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut kerana memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis tajuk sedemikian.

"Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengarkan penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya.

"Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," kata Alwi lagi.

The Star, semalam, memohon maaf untuk kekhilafan tersebut.

Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/383834

Pusat Dakwah Serantau anjur iftar bersama Korporat




PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS)

"Moga Islam terus mekar berkembang dgn suburnya"

PDS merupakan pusat latihan bagi pendakwah yg dilatih secara khusus di bawah tanggungan Yayasan Amal Malaysia.

Kebanyakan pelajar diambil dari kawasan pedalaman, minoriti muslim, baru memeluk Islam sebelum dihantar semula ke tempat asal masing2 utk menjadi pendakwah sepenuh masa dan penggerak masyarakat setempat.

Sesi latihan khusus sebagai pendakwah selama 1 tahun setengah di PDS (Sg.Merab Bangi), kos pengangkutan, elaun bulanan, makan dan minum ditangguh sepenuhnya oleh YAM. 

Bagi graduan PDS yg kembali di lapangan dan aktif akan diberikan elaun bulanan sebanyak RM500/bulan. Sudah lebih 111 org daie terlatih aktif dilapangan dan 85 org (dari Malaysia, Vietnam dan Sri Lanka) masih dilatih di PDS.

Jumlah tanggungan bagi kos pengurusan PDS saja termasuk elaun dan keperluan asas pelajar mencecah RM100,000+/bulan.

Justeru, kami berharap kpd Allah dan sokongan daripada anda semua bagi memastikan keberterusan usaha murni ini demi pembangunan dan perkembangan Islam, khususnya di Malaysia dan Asia Tenggara.

Jika tuan/puan/cik berminat turut sama menjana saham akhirat dengan memberi sumbangan atau tajaan. Terdapat dua pilihan baik

1. Memberi tajaan terbuka dgn nilaian tiada had tetap
2. Membeli meja tajaan sempena Iftar Bersama Korporat PDS 

Untuk maklumat lanjut tuan/puan/cik boleh rujuk link di bawah


Atau

Hubungi
1. Ustaz Misbah : 010 566 7528
2. Hj Husin : 019 951 1860

P/s : Pembayaran/sumbangan secara online boleh dibuat dengan menekan Link di atas
(Pertanyaan pembayaran online : Afifi 011 2736 2300)


Ingin tahu lebih lanjut tentang YAYASAN AMAL MALAYSIA?
(Tekan) website - www.amalmalaysia.org.my

"Working for Humanity, Serving God"                        

Empat wakil The Star hadir beri penjelasan



PUTRAJAYA - Empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini hadir di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lalu.

Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.

Mereka tiba pada jam 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, pihak media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan mereka hampa apabila dimaklumkan keempat-empat wakil The Star itu telah keluar melalui pintu lain.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim semalam dilaporkan berkata, KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk pada muka depannya.

Beliau berkata KDN kecewa dengan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Terawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya yang tertulis 'Malaysian Terrorist Leader' dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini.

Alwi berkata, tindakan itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Dalam pada itu, The Star juga telah membuat permohonan maaf atas perkara tersebut, semalam.

Menurut akhbar tersebut, adalah menjadi amalan akhbarnya menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, kerana menghormati bulan mulia ini. – Bernama

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1359998

PRU14: PAS hadapi dengan kemampuan sendiri



Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan masa terbaik untuk PAS membuktikan kemampuan sendiri sebagai sebuah parti politik Islam di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata beliau PAS tiada hubungan dengan parti dalam Pakatan Harapan dan telahpun memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk telah menggantung sebarang dialog dan kerjasama dengan parti Pri bumi Rakyat Bersatu Malaysia (Bersatu).
“PAS kini bersama blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera.

Ini bermakna, kita mesti bina kekuatan kita sendiri dan inilah peluang terbaik kemenangan untuk kita capai dengan kekuatan kita bagi menentukan halatuju perjuangan parti dan negara.

“Marilah sama-sama kita bertekad meningkatkan segala upaya dan kerja yang kita buat,” kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim PAS kini menerima beberapa permohonan parti yang hendak turut serta bersama dalam Gagasan Sejahtera selain berjaya mengumpul 300 NGO yang mahu bersama- sama PAS.

“Kita juga mempunyai ramai tokoh-tokoh masya rakat yang akan mengisyti harkan sokongan me reka kepada apa yang PAS perjuangkan, insya- Allah,” tambah beliau ketika me rasmikan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Kuala Berang 20 Mei lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang kepimpinan PAS negeri Terengganu.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden se kali lagi menekankan PAS mesti me nerajui perubahan ke rana keberadaan PAS dalam arena politik bukan sekadar menjadi penumpang sebaliknya mahu menukar sistem jahiliyah yang bercanggah dengan syarak serta menegakkan Islam.

Sebelum itu, Dato’ Tuan Ibrahim menyempurnakan acara pelepasan pe serta Langkah Harap 10,000 lang kah yang disertai oleh ribuan rakyat berjalan kaki sejauh empat kilometer

KDN panggil The Star hari ni



KUALA NERUS -Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Star susulan kandungan muka depan akhbar itu yang tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut yang secara sambil lewa memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis 'Malaysia Terrorist Leader'.

The Star Undang Padah



Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Keharmonian negara sekali lagi terganggu dengan kegagalan akhbar The Star memelihara sensitiviti agama dan kaum dalam negara ini. Memaparkan gambar ummat Islam sedang menunaikan ibadah solat berjamaah dengan tajuk "Malaysian terrorist leader" adalah satu perbuatan yang sangat keterlaluan dan biadab.

2. Tidak memadai dengan hanya memohon maaf setelah menyiarkan gambar sedemikian rupa yang cuba mengaitkan ummat Islam dengan keganasan. Ini bukan kali pertama perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani.

3. Sebelum ini Nanyang Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban. Telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia yang sepatutnya hidup makmur dalam masyarakat berbilang kaum tanpa penghinaan sedemikian rupa.

4. The Star gagal mempelajarinya. Masih mengulangi kesilapan serupa. Nampaknya makin berani dan nekad. Permohonan maaf setelah berkali-kali insiden serupa berlaku merupakan satu lagi siri penghinaan. 

5. Sampai bila kesabaran ummat Islam mahu diuji sedemikian rupa ? Kesabaran ummat Islam dicabar terus menerus. Mereka cetus provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara tergugat ? Kemudian mereka akan jadikan ummat Islam sekali lagi sebagai kambing hitam ?

6. Kerajaan mesti serius dalam isu sebegini. Jangan bertindak secara lebih kurang. Jangan beri muka berulang kali kepada penghinaan Islam dan provokasi terhadap ummatnya.

7. Persoalannya kenapa mereka makin berani ? Samada mereka semakin angkuh dengan sokongan ekonomi dan politik yang mereka perolehi atau ummat Islam semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri.

8. Namun kami yakin dan percaya, sikap berani mereka yang melebihi had dalam mempersenda ummat Islam ini akan memerangkap diri mereka sendiri. 

9. Sementara itu, semua pihak diseru supaya berhenti dari melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran ummat Islam. Jangan terus mencetus provokasi. Kerana provokasi itu tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka.

10. Kembalikan keamanan dan keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat menghormati dan memelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman. Kami tidak mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yg anti Islam mengekspkoitasi isu, kerana kami yakin di luar sana ramai non muslim yang tidak bersetuju dengan sikap seperti ini.


Sejahtera Bersama Islam

Sekian.                        

Gambar Kaitkan Umat Islam Dengan Keganasan : Geng Ustaz Kesal




Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak @GENG USTAZ amat kesal dengan Akhbar harian The Star yang telah menyiarkan gambar umat Islam yang sedang menunaikan solat berjamaah dikaitkan dengan berita keganasan yang sedang bergolak di Filipina serta IS pada edisi 27 Mei 2017 lepas.

Gambar yang disiarkan berupa umat Islam sedang menunaikan solat dikaitkan dengan berita keganasan samada sengaja mahupun tidak disengajakan adalah berupa satu penghinaan dan perbuatan yang menyinggung hati umat Islam. Apalagi jikalau berniatkan jahat untuk membawa persepsi negatif dan buruk terhadap Islam dan umatnya yang hidup di Malaysia dengan harmoni serta aman damai ini.

Apakah Akhbar The Star tidak pernah mengambil pengajaran dan iktibar beberapa tindakan sebelum ini oleh beberapa pihak yang cuba menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sengaja membangkitkan fitnah dalam masyarakat menerusi akhbar?. Umat Islam di negara ini sudah muak dan amat tidak boleh menerima sikap dan perbuatan seperti ini seolah-olah Akhbar The Star tidak mengenal suasana keharmonian dan tatacara budaya hidup masyarakat dalam negara ini?.

Walaupun pihak akhbar The Star telah menyiarkan permohonan maaf,  Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ tetap mengecam dengan sekeras-keras perbuatan penyiaran gambar sebegini dan menuntut pihak Akhbar The Star dan lain-lain media tidak mengulanginya pada masa hadapan.

Sejahtera Bersama Islam

Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
28 Mei 2017.

Politik persepsi yang jijik dibina bila PH gagal 'perkudakan' PAS




Politik persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu.  Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno  Perikatan, kemudian Umno Bn.  13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin pakatan harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk umno".  inilah tag line yang paling popular.

Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang  PRU 14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.

Cyber trooper  mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal  popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika  kewartawanan sudah dibuang ke laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak  oleh cyber trooper mereka. Walau pun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.

Jika ada gambar pemimpin PAS  bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan umno. Jika ada pemimpin Dap, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah.  Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihemburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. InsyaAllah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melebelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.

Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada umno selepas kalah PRU 14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.

Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walau pun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walau pun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Ramadhan 1438/ 29 Mei 2017

Terlelap seketika masa memandu, apa perlu anda buat?



Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?

Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.

"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.

"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

BERHENTI.
LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:

1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

#drafh
#microsleep
#opssikap                        
© all rights reserved
made with by templateszoo