NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tsunami PAS?


Berdasarkan nama laman ini, dipercayai ia dikelola oleh penyokong Parti Bersatu yang diterajui oleh Dr Mahathir. Namun demikian, sokongan kepada parti tersebut yang bergabung dengan parti PH lain tetap rendah berbanding PAS. Adakah ini bermakna bekas penyokong UMNO yang kecewa dengan PM Najib Tun Razak beralih sokongan kepada PAS.  Adakah penyertaan Parti Bersatu dalam PH—yang turut ada musuh tradisi UMNO iaitu DAP menjadikan mereka tidak lagi bersama-sama dengan Parti Bersatu? - Dr Fathi Yusof

Laman Facebook bernama InspirasikuMahathir membuat live voting pada Sabtu 1 April 2017 selama 4 jam bermula dari sekitar jam 2:18 hingga 6:18 petang. Hasil undian menunjukkan PAS berada jauh di depan berbanding dua saingan lain iaitu BN dan gabungan parti  dalam PH iaitu DAP, PKR, Bersatu dan PAN serta Parti Warisan Sabah.

Ketika undian ditutup, jumlah pengundi ialah seramai lebih 29 ribu dan keputusannya adalah:

PH – 10,966
PAS - 16,834 
BN -   1,092

Keputusan ini menunjukkan bahawa pengguna internet memberikan sokongan yang sangat besar kepada PAS berbanding gabungan BN dan PR. KEdua-dua gabungan ini sebenarnya terdiri daripada parti-parti politik yang utama dalam negara seperti UMNO, DAP dan PKR, tetapi tetap tidak dapat menyaingi sokongan kepada PAS. 

Jumlah pengundi yang besar dalam undian spontan secara langsung selama 4 jam menunjukkan bahawa pengguna internet masih berminat dengan politik kepartian walau pun sebelum ini terdapat dakwaan bahawa golongan muda kebanyakannya sudah bosan dengan parti-parti politik yang dikatakan terlalu suka politicking dan kurang mengambil berat kepentingan rakyat. Trend sokongan kepada PAS menunjukkan bahawa kelompok ini memberikan harapan kepada PAS.

Sokongan kepada BN di kalangan mereka yang menyertai undian ini sangat rendah. Mungkin kerana dalam masa singkat ini, capaian laman FB ini tidak sampai kepada penyokong kerajaan. 

Berdasarkan nama laman ini, dipercayai ia dikelola oleh penyokong Parti Bersatu yang diterajui oleh Dr Mahathir. Namun demikian, sokongan kepada parti tersebut yang bergabung dengan parti PH lain tetap rendah ebrbanding PAS. Adakah ini bermakna bekas penyokong UMNO yang kecewa dengan PM Najib Tun Razak beralih sokongan kepada PAS.  Adakah penyertaan Parti Bersatu dalam PH—yang turut ada musuh tradisi UMNO iaitu DAP—menjadikan mereka tidak lagi bersama-sama dengan Parti Bersatu?

Undian melalui FB ini tentunya tidak mampu menggambarkan realiti undian sewaktu PRU nanti. Namun begitu sekurang-kurangnya terdapat beberapa trend pengundi yang dapat direnung dan dijadikan panduan kepada parti-parti politik dalam menentukan rentak politik mereka. Setidak-tidaknya sokongan luar biasa kepada PAS ini menimbulkan persoalan, adakah PRU nanti akan menyaksikan tsunami politik rakyat yang memihak kepada PAS?                        
© all rights reserved
made with by templateszoo