NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahaluf Siyasi: Pemuda PAS Sokong Sebarang Keputusan Pucuk Pimpinan


Pemuda PAS akan menyokong apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan pusat parti berhubung tahaluf siyasi PAS dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata sayap itu juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PAS bersendirian dalam pilihan raya umum ke-14.

Bukan perkara pelik untuk PAS bersendirian menghadapi pilihan raya umum, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Muktamar Tahunan ke-15 Pemuda PAS Kedah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Khalil berkata PAS terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan hubungan itu berteraskan dasar Islam PAS dan untuk kepentingan negara.

PAS dijangka membuat keputusan berhubung kerjasama politiknya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada muktamar peringkat pusat yang dijadualkan akhir bulan ini.

Ini susulan gesaaan beberapa PAS kawasan yang mahu pucuk pimpinan tertinggi parti memutuskan hubungan itu selepas PKR bertegas untuk meneruskan kerjasamanya dengan Parti Amanah Negara dan DAP.

-- BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo