NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan’


Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi Bersatu masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.Ada masalah dalam Bersatu yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti - Kamarul Azman Habibur Rahman, Pengasas Parti Bersatu

KUALA LUMPUR – Salah seorang pengasas parti Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan peletakan semua jawatan beliau dalam parti termasuk jawatan sebagai setiausaha kerja kerana kabur dengan perjuangan Bersatu.  

Antara jawatan lain yang ditolak beliau adalah jawatan Ketua Bahagian Bersatu Teluk Kemang, Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu.

Menurutnya, beliau keluar parti bukan kerana kecewa tidak ada jawatan dalam parti tetapi  beliau yang meninggalkan semua jawatannya di dalam parti.  

"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi Bersatu masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.

“Ada masalah dalam Bersatu yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti,” katanya.

Tambahnya lagi, seramai 821 ahli Bersatu seluruh negara berhasrat untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Setakat malam semalam, seramai 821 orang dijangka akan turut keluar parti. Namun, akan ada satu sidang media untuk pengumuman rasmi,"tambahnya lagi.  

Sementara itu, beliau menyatakan tidak berhasrat untuk kembali menyertai Umno dan mahu fokus dengan NGO, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

"Saya ingin gerakkan semula GKCM dan kembali pada perjuangan asal NGO itu iaitu berjuang demi rakyat,"katanya lagi.
© all rights reserved
made with by templateszoo