NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sambutan kepulangan 'Wira 355'.



Gabungan Anak Muda Sayang Klate (GASAK) membuat kejutan menyambut kepulangan Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS, Dato' Haji Takiyuddin Hassan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada malam 6 April baru-baru ini.

Siang hari sebelum itu, Takiyuddin boleh diibaratkan sebagai 'pembantu' terbaik kepada Ahli Parlimen Marang, juga Presiden PAS yang telah diberi ruang dan peluang sebaiknya membentang Usul Persendirian RUU 355 bagi meminda Akta 355. 

Takiyuddin yang juga bangun menyokong kepada Usul berkenaan telah menerang dengan panjang lebar, teratur dan berfakta selama hampir 1 setengah jam. Sebelum Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkesempatan memulakan ucapan, Parlimen sedikit terganggu dengan 'Point of Order' dari kalangan wakil rakyat DAP, PKR dan MCA.

Sekali lagi Dato' Takiyuddin berkilas dengan hujah dan fakta mematahkan hujah pihak berkenaan.

Sekalung tahniah di atas usaha cemerlang YB Dato'.                        
© all rights reserved
made with by templateszoo