NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berita-berita berkaitan #RUU355 dalam akhbar Cina


Oleh UMC

Selepas kerajaan BN menyatakan tidak akan membawa #RUU355 dalam Parlimen, PAS menyatakan pendirian akan terus membawa RUU 355 sebagai bill persendirian. Rata-rata akhar Cina tempatan yang utama memberi liputan terhadap perkembangan ini. Hala tuju PAS selepas ini terhadap RUU 355 mendapat perhatian di media Cina dengan laporan serentak pada 31 Mac 2017. 

Oriental Daily 
Suratkhabar Cina, Oriental Daily dengan tajuk "TGHH Bertegas Akan Bentang 355 Pada Sesi Parlimen Ini", melaporkan Presiden PAS TGHH menegaskan, beliau bertegas akan membentangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355. Beliau menyatakan, biarpun kerajaan BN memutuskan tidak akan membentangkan RUU355, akan tetapi PAS bertegas akan membentangkan dengan rang undang-undang persendirian, dan berharap kerajaan dapat memberi sokongan terhadapnya.


Masa itu, terpulanglah kepada Yang Dipertua untuk menentukan bila waktu yang sesuai mengikut ‘Standing Order’ perjalanan sidang Parlimen selepas urusan kerajaan.

Tapi, sudah tentu kerajaan boleh beri masa bila-bila sahaja untuk PAS bawa RUU35, saya seru semua Anggota Parlimen Islam supaya menyokong dan bagi yang bukan Islam pula, hormatilah Perlembagaan. Perlembagaan menyatakan ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja.

Sin Chew Daily 

Sementara itu, Sin Chew Daily pula dengan tajuk " Harap Kerajaan Memberi Sokongan· TGHH Bertegas Membentang R355". Ia melaporkan, biar pun kerajaan telah pun mengumumkan membuat keputusan tidak akan membentangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, akan tetapi Presiden PAS, TGHH menegaskan akan membentangkan akta persendirian ini pada sesi parlimen kali ini.

Beliau ditanya selepas selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, berkata: "Walaupun kerajaan Barisan Nasional memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang itu, PAS tetap akan membentangkan sebagai rang undang-undang persendirian dan berharap kerajaan akan menyokong tindakan itu. Masa itu, terpulanglah kepada Yang Dipertua untuk menentukan bila waktu yang sesuai mengikut ‘standing order’ perjalanan sidang Parlimen selepas urusan kerajaan. Tapi, sudah tentu kerajaan boleh beri masa bila-bila sahaja untuk PAS bawa RUU35, saya seru semua ahli Parlimen Islam supaya menyokong dan bagi yang bukan Islam pula, hormatilah Perlembagaan. Perlembagaan menyatakan ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja.” 

Nanyang Siang Pau dan China Press
Selain itu, Nanyang Siang Pau dan China Press juga melaporkan perkembangan yang sama.

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Dewan Pemuda PAS Malaysia.
© all rights reserved
made with by templateszoo