NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi sudah 'Out of Service' - Nasrudin




SHAH ALAM - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menyindir Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan beliau mengenai bekas pemimpin PAS, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nada berseloroh tetapi penuh sindiran, Nasrudin berkata, jangkaan beliau mengenai Rafizi ternyata meleset, apabila melalui pendedahan itu, Rafizi bukanlah sepertimana yang digambarkan.

"Ermmm, saya jangkakan ia seorang strategist, rupanya beliau dah 'out of service' (perkhidmatan tergendala)," katanya yang dipetik melalui akaun Facebooknya.

Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, menjelaskan pendedahan  itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS.
© all rights reserved
made with by templateszoo