NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden PAS seru umat Islam maafkan Akhbar Nanyang Siang Pau

Saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya untuk memaafkan pihak akhbar berkenaan, dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan.Saya merasakan bahawa kesilapan penerbitan ini berlaku adalah akibat dari keterlanjuran dan kejahilan dalam mereka memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisnya.Semoga dengan tindakan memaafkan ini, kita sama-sama dapat terus komited untuk menyuburkan keharmonian dan sifat saling faham memahami dalam masyarakat di Malaysia khususnya. - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. 

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS  


SIARAN KARIKATUR DALAM AKHBAR NANYANG SIANG PAU



Berikutan daripada siaran karikartur dalam Akhbar Harian Nanyang Siang Pau bertarikh 8 April 2017 yang telah mengguris hati dan mendapat bantahan pada minggu berikutnya, ianya telah menimbulkan suasana kurang enak dalam suasana semasa di negara kita ini.


Saya melihat bahawa kerapkali batasan antara erti ‘kebebasan ekspresi’, ‘satira’ dan ‘sensitiviti masyarakat Islam’ yang sememangnya meletakkan agama sebagai satu urusan kehidupan yang terlalu mulia adalah kadangkala sukar dibezakan oleh kalangan tertentu dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang agama, keturunan, bangsa, pendidikan, dan sebagainya.

Lanjutan daripada apa yang berlaku hasil penerbitan karikatur berkenaan dan bantahan yang terjadi, pihak kami telah menerima satu surat permohonan maaf daripada pihak Ketua Pengarang Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 12 April 2017 dan juga maklumat permohonan maaf secara terbuka yang dicetak di akhbar berkenaan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya untuk memaafkan pihak akhbar berkenaan, dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan.

Saya merasakan bahawa kesilapan penerbitan ini berlaku adalah akibat dari keterlanjuran dan kejahilan dalam mereka memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisnya.

Semoga dengan tindakan memaafkan ini, kita sama-sama dapat terus komited untuk menyuburkan keharmonian dan sifat saling faham memahami dalam masyarakat di Malaysia khususnya.


“Inilah Penyelesaian Kita”  


ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rejab 1438H / 17 April 2017M  


© all rights reserved
made with by templateszoo