Pesanan Almarhum TGNA Mana Yang PAS Langgar? - 1Media.My

Header Ads

Pesanan Almarhum TGNA Mana Yang PAS Langgar?

Antara banyak pesanan TGNA ini, paling perlu Khalid Samad dan pemimpin Parti Amanah Negara lain ambil perhatian ialah pesanan yang disampaikan terus kepada Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad, pada 25 September 2011 dan yang Dr Dzulkefly Ahmad sampaikan semula kepada The Malaysian Insider pada 26 September 2011 ini: “Datuk Nik Aziz menegaskan bahawa ruang skop pelaksanaan undang-undang hudud hanya melibatkan Muslim manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang sivil sedia ada, memandangkan negara ada dua sistem perundangan ini yang ditekankan oleh MB Kelantan. - Dr Kamarul 


Melalui tulisan beliau dalam akhbar Sinar Harian bertajuk “Bila PAS Langgar Pesanan Tok Guru” pada 21 April 2017, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad, menulis begini:

“Strategi Umno/BN menggunakan isu perlaksanaan syariat Islam untuk mengumpan PAS telah berjaya sepenuhnya. PR telah berpecah sambil BN kekal bersatu.”

“PAS sebaliknya hampir pasti akan kehilangan semua kerusinya. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”. Inilah hasilnya percaya pada Umno dan melanggar pesanan almarhum TGNA.”

Soalan saya kepada Khalid Samad adalah: Pesanan almarhum TGNA mana yang PAS langgar?

PESANAN INIKAH?

“Terpulang DAP Mahu Keluar Pakatan, Saya Tetap Mahu Laksana Hudud, Kata Nik Aziz”, Bernama, 22 September 2011, dan “Nik Aziz Tetap Mahu Hudud, Tak Peduli Pendirian DAP”, The Malaysian Insider, 22 September 2011.

(Kenyataan TGNA di di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada 22 September 2011)

PESANAN INIKAH?

“Nik Aziz Prepared To See DAP Leave Pakatan Over Hudud”, Malaysiakini, 25 September 2011.


(Kenyataan TGNA di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 September 2011)

PESANAN INIKAH?

“Hudud: Nik Aziz Masih Harap Putrajaya Sokong PAS Tunai Mandat 20 Tahun”, The Malaysian Insider, 26 September 2011.

(Kenyataan TGNA di kediaman beliau pada 25 September 2011 kepada Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad)

PESANAN INIKAH?

“Nik Aziz Tetap Pertahan Laksana Hudud”, Sinar Harian, 25 Julai 2012


(Kenyataan TGNA di Kota Darul Naim pada 24 Julai 2012)

PESANAN INIKAH?

“Hudud: Nik Aziz Sokong Haron Din”, Utusan Malaysia, 25 April 2013


(Kenyataan TGNA di Wakaf Che Yeh pada 24 April 2013)

ATAU PESANAN INIKAH?

“Nik Aziz Terima Cadangan Umno”, Sinar Harian, 30 April 2014

http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-terima-cadangan-umno-1.275575
(Kenyataan TGNA di Kota Darul Naim pada 29 April 2014)

Antara banyak pesanan TGNA ini, paling perlu Khalid Samad dan pemimpin Parti Amanah Negara lain ambil perhatian ialah pesanan yang disampaikan terus kepada Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad, pada 25 September 2011 dan yang Dr Dzulkefly Ahmad sampaikan semula kepada The Malaysian Insider pada 26 September 2011 ini:

“Datuk Nik Aziz menegaskan bahawa ruang skop pelaksanaan undang-undang hudud hanya melibatkan Muslim manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang sivil sedia ada, memandangkan negara ada dua sistem perundangan… ini yang ditekankan oleh MB Kelantan.

“Selain itu, beliau juga mahu kerjasama pusat agar undang-undang ini dilaksanakan di Kelantan dan negeri Kelantan dijadikan model. Itu harapan beliau,” kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.

Pertemuan kira-kira sejam itu diadakan di kediaman Nik Aziz atas permintaannya bagi mendapatkan pandangan politik dan perundangan berkaitan isu kontroversi terbaru yang muncul semula minggu lalu.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, Nik Aziz yang mengakui hukum hudud tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan persekutuan menekankan bahawa beliau memerlukan kerjasama agensi-agensi seperti Jabatan Penjara, Jabatan Kimia dan polis.

Kerjasama itu diperlukan sebagai tambahan kepada pemansuhan dan pindaan beberapa undang-undang lain, kata beliau.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.