PAS lulus usul hanya orang Islam jadi perdana menteri - 1Media.My

Header Ads

PAS lulus usul hanya orang Islam jadi perdana menteri

Usul turut mengambil kira jawatan Perdana Menteri dalam konteks Malaysia sebagai kuasa eksekutif tertinggi yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama.


ALOR STAR, 30 April — PAS hari ini mengemukakan usul bagi meminda Perlembagaan agar perdana menteri yang dilantik perlu beragama Islam.

Usul yang dicadang Dewan Ulama itu kerana perdana menteri mempunyai tanggungjawab mendaulatkan Islam dan ia diluluskan sebulat suara dalam muktamar hari ini.

“Dewan Ulama mencadangkan pemimpin PAS Pusat melalui ahli Parlimen PAS menggesa perdana menteri meminda Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perdana menteri hanya terdiri daripada orang Islam yang memenuhi syarat-syarat Islam,” menurut usul itu. ---themalaymailonline

Dewan Ulama PAS hari ini sebulat suara menerima usul supaya jawatan Perdana Menteri hanya diisi warga negara Islam. 

Ketetapan itu dicapai bagi membolehkan PAS Pusat menerusi barisan Ahli Parlimen dari parti itu mendesak Kerajaan Persekutuan supaya membuat pindaan terhadap Perlembagaan berhubung ketetapan terbabit. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengesahkan selain warga negara Islam berbangsa Melayu, calon juga mestilah melengkapi syarat kepimpinan dalam Islam. 

Beliau berkata Dewan Ulama PAS menyedari antara syarat kepimpinan tertinggi dalam Islam hendaklah dalam kalangan bangsa berpengaruh dihormati dalam sebuah negara, sebagaimana difahami daripada status bangsa Quraisy sebagai syarat khalifah. 

Justeru, katanya dalam konteks Malaysia, 60.4 peratus rakyat negara ini adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. 

"Usul turut mengambil kira jawatan Perdana Menteri dalam konteks Malaysia sebagai kuasa eksekutif tertinggi yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama. 

"Selain itu, Dewan Ulama PAS turut melihat keperluan usul ini dalam memberikan jaminan bagi pelaksanaan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut hal berkaitan hak-hak keistimewaan Melayu," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas sesi penggulungan sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Ke-56, di sini.---BHOnline