NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi diminta tarik balik dakwaan menghina Mahkhamah Syariah - Persatuan Peguam Syarie Malaysia(PGSM)

PGSM menegaskan bahawa semenjak Mahkamah Syariah ditubuhkan, hanya satu kes sahaja seorang Hakim Syarie yang disabitkan dengan kesalahan rasuah, dan itu pun bukan melibatkan jumlah wang yang banyak. YB Rafizi Ramli  telah menjatuhkan martabat Mahkamah Syariah dan menjatuhkan maruah sahabat-sahabat kami Hakim-hakim Syariah.Oleh yang demikian, PGSM meminta YB Rafizi Ramli menarik balik dakwaan dan kenyataan tidak berasas tersebut serta memohon maaf secara terbuka kpd semua Hakim-hakim Syariah dan seluruh umat Islam.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(Shariah Lawyers Association of Malaysia)
Sekretariat PGSM
d/a Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
No. 71, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur
Tel : 03-6205 7000 sambungan 184. Faks : 03-55245100
www.pgsm.org.my
E-mail : sekretariatpgsm@yahoo.com

Selasa, 14 April 2017
Bersamaan 17 Rejab 1438H

KENYATAAN MEDIA

BERHUBUNG KENYATAAN YB RAFIZI RAMLI (MP PANDAN) YANG MENDAKWA REKOD HAKIM SYARIAH TERLIBAT DENGAN RASUAH LEBIH TINGGI DARIPADA HAKIM MAHKAMAH SIVIL

Merujuk kepada kenyataan YB Rafizi Ramli berhubung perkara yang tersebut di atas.

KENYATAAN PGSM

1. PGSM melihat bahawa dakwaan tersebut adalah suatu tuduhan yang serius, tiada asas & salahnyataan.

2. PGSM meminta YB Rafizi Ramli mengemukakan rekod dan statistik yg didakwa tersebut untuk membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang telus, bercakap benar dan tidak berbohong.

3. PGSM menegaskan bahawa semenjak Mahkamah Syariah ditubuhkan, hanya satu kes sahaja seorang Hakim Syarie yang disabitkan dengan kesalahan rasuah, dan itu pun bukan melibatkan jumlah wang yang banyak.

4. PGSM percaya bahawa Hakim-Hakim Mahkamah Syariah berpegang kepada nas-nas Syariah dalam menjalankan tugas mereka, takwa serta percaya kepada balasan akhirat  (syurga dan neraka) mengatasi imbuhan dunia yang sedikit.

5. Dan kami sebagai Peguam Syarie juga adalah sebagai sahabat mahkamah yang sentiasa menjadi  pemberi ingatan dan nasihat kepada Hakim-hakim Syarie untuk menjauhi perkara-perkara seperti yang didakwa Oleh YB Rafizi Ramli.

6. Kenyataan YB Rafizi Ramli tersebut telah menjatuhkan martabat Mahkamah Syariah dan menjatuhkan maruah sahabat-sahabat kami Hakim-hakim Syariah.

7. Oleh yang demikian, PGSM meminta YB Rafizi Ramli menarik balik dakwaan dan kenyataan tidak berasas tersebut serta memohon maaf secara terbuka kpd semua Hakim-hakim Syariah dan seluruh umat Islam.

Sekian, untuk siaran.

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”
Yang benar,

MUSA AWANG, P.P.N​
Presiden, ​
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)​
019-387 0105

© all rights reserved
made with by templateszoo