NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IFC, RUU 355, Akta 164


Umat Islam jangan berundur


SEKRETARIAT UMMAT
3 April 2017


Datuk/Datin/Prof/Dr/Paduka Ayahanda/Bonda,Tuan/Puan.


JEMPUTAN UNTUK HADIR BERSAMA DELEGASI NGO NGO ISLAM MENYAMPAIKAN MEMORANDUM KEPADA TAN SRI DATO' SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI, PEGUAM NEGARA BAGI MEMBANTAH CADANGAN PINDAAN AKTA 164

_________

Isu agama anak bawah lapan belas tahun mempunyai perbezaan dengan isu hak jagaan anak.

Cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Berdasarkan Ordinan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952, apabila seseorang itu memeluk agama Islam, anak mualaf tersebut secara automatik akan beragama Islam. Namun kini, undang-undang baru ingin diperkenalkan yang memerlukan kedua-dua ibu bapa bersetuju.

Kerajaan juga telah tidak mengambil kira ketetapan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali ke 19 yang sebulat suara memutuskan antara lain mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak-anak di bawah umur lapan belas tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras dengan hukum syarak.

UMMAT telah membuat bantahan kepada Perdana Menteri pada 30 March 2017 dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat sidang media bantahan pada 3 April 2017 (http://bit.ly/2orVgYH)

Oleh itu Sekretariat UMMAT menjemput pemimpin pemimpin NGO Islam atau wakil wakil untuk hadir dan bertindak membantah bersama delegasi kami seperti berikut:-

Delegasi Pemimpin Pemimpin NGO Islam menyerahkan memorandum bantahan keatas cadangan pindaan Akta 164:


Tarikh: 5 April 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Peguam Negara,
Aras 16, Jabatan Peguam Negara,
45, Persiaran Perdana, Precint 4, 
62100 Putrajaya


PROGRAM
9.45   pagi: Wakil wakil NGO Islam berkumpul di depan Jabatan Peguam Negara, Putra Jaya.
10.00 pagi: Ucapan Aminuddin Yahaya, Pengerusi UMMAT, wakil wakil NGO dan Sidang media
10.30 pagi: Bergerak ke pejabat Peguam Negara, Aras 16 untuk menyerahkan memorandum
11.00 pagi: Bergambar dan bersurai


Terima kasih

Mansor Ibrahim
Setiausaha Agung
Sekretariat UMMAT
© all rights reserved
made with by templateszoo