NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Biar Rakyat Betul-Betul Kenal Siapa Rafizi Ramli

Kalau sahih Ustaz Nasha ada terima dana berkenaan, apa ada kena mengena dengan PAS sedang beliau sekadar ahli biasa parti dan tiada memegang jawatan sejak 2011.Kenapa PAS pula mahu digambarkan sebagai terlibat kononnya dengan dana haram?Untuk kaitkan juga dengan PAS beliau mendakwa sumber beliau ada berjumpa dengan pimpinan PAS YB Dato Dr Khairuddin at Takirri dan mendedahkan perkara ini ke Dr Khairuddin, kenapa Dr Khairuddin tidak dedahkan? Sebab Dr Khairuddin bukan macam Rafizi mudah melompat dan melatah menerima satu-satu maklumat tanpa mengesahkannya.PAS kenal siapa Ust Nasha dan PAS kenal siapa sumber Rafizi itu.


Kejutan besar yang kononnya mahu dilakukan Rafizi Ramli petang ini rupanya bukan kejutan pun. Ia sebenarnya penuh hapak hamis berbau fitnah dan sangka buruk.

Dan dengan kononnya kejutan kali ini terbukti beliau berkali-kali terpalit dengan kerja-kerja seumpama ini mencerminkan taraf beliau sebagai juara adu-domba dan penabur fitnah yang sungguh memalukan anak bangsa.

Apakah yang mahu Rafizi capai dengan pendedahan separuh tiang ini? 

Robohkan PAS? 

Biar rakyat tolak PAS dan persetankan RUU355?

Dari sebuah gerakan Islam yang istiqamah dan  dihormati Rafizi mahu menukar PAS sekelip mata menjadi parti rasuah, mungkar dan jahat dengan tujuan mengotorkan PAS di mata rakyat. 

Biar jahanam PAS.

Inilah jenis akhlak Rafizi sebenarnya.

Pendedahan dangkal Rafizi itu datang dari satu sumber iaitu seorang bekas pegawai " paling kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan 1MDB.

Isunya sahih atau tepatkah maklumat itu?

Seorang bekas pegawai "paling kanan" SPRM ada terlibat dalam skandal melibatkan RM100juta ringgit adakah itu juga pegawainya yang memberi maklumat pada Rafizi?

Berbalik kepada pertuduhan beliau.

Kononnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden PAS ada menerima dana berkait 1MDB. Dan kerana Ust Nasha rapat dengan pimpinan PAS mungkinkah PAS ada terima sebahagian dana berkenaan.

Disitu sahaja sudah nampaknya jahatnya Rafizi dan bersungguh mahu meranapkan PAS.

Kalau sahih Ustaz Nasha ada terima dana berkenaan, apa ada kena mengena dengan PAS sedang beliau sekadar ahli biasa parti dan tiada memegang jawatan sejak 2011.

Kenapa PAS pula mahu digambarkan sebagai terlibat kononnya dengan dana haram?

Untuk kaitkan juga dengan PAS beliau mendakwa sumber beliau ada berjumpa dengan pimpinan PAS YB Dato Dr Khairuddin at Takirri dan mendedahkan perkara ini ke Dr Khairuddin, kenapa Dr Khairuddin tidak dedahkan?

Sebab Dr Khairuddin bukan macam Rafizi mudah melompat dan melatah menerima satu-satu maklumat tanpa mengesahkannya.

PAS kenal siapa Ust Nasha dan PAS kenal siapa sumber Rafizi itu.

Yang Rafizi tidak nyatakan dan tidak tahu, rombongan PAS telah berjumpa Ust Nasha dan bertanyakan perkara ini berbulan sebelum pendedahan Rafizi hari ini.

Kerana itu pimpinan PAS tidak melompat bagaikan mawas kena belacan kerana tahu kaedah menilai dan mengesahkan sesuatu maklumat. Pemimpin PAS akhlaknya bukan macam Rafizi.

Apa pun jika ada bukti Ust Nasha telah terima wang haram tiada seorang pun ahli PAS akan lindungi beliau. Biar beliau disiasat dan jika sabit dihukum seberat-beratnya.

Tetapi mengapa PAS yang mahu dihodohkan?

PAS saya yakin sedikit pun tidak goyang dengan cerita buat-buatan Rafizi ini. PAS tahu agenda Rafizi.

Biarkanlah beliau terjun dan mabuk dengan labu-labunya.

Yang penting melalui pendedahan cabul ini rakyat jelata boleh kenal akhlak dan keperibadian Rafizi.

Banyak lagi sebelum ini telah beliau bakar bukan kita tidak tahu.

Memfitnah Tan Sri Khalid sehingga hilang jawatan MB dan dipecat PKR. 

Itu belum lagi tuduhan habuan wanita untuk projek yang dikatanya berlaku di Selangor yang kita tahu untuk cemarkan nama MB Selangor kini.

Dengan partinya sendiri Rafizi sanggup kerat dan bakar inikan pula PAS yang memang beliau tolak dan benci.

Syabas Rafizi rakyat lebih kenal anda sekarang apatah lagi yang di langit.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=458500691155939&id=100009880363600
© all rights reserved
made with by templateszoo