NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adam Rosly tinggalkan PAS sebab kalah



SHAH ALAM - PAS Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda PAS kawasan Ampang.

"Dulu Adam memang ahli PAS Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar PAS masuk PKR," katanya.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa Adam merupakan bekas ahli PAS. 

Sinar Online hari ini melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata, Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan PAS.

Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.
© all rights reserved
made with by templateszoo