NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 Khabar Gembira dari Parlimen




Penuh bersemangat hari ini walaupun baru tiba di rumah menjelang azan Subuh dek kerana persidangan Dewan Rakyat  tamat jam 5 pagi tadi.   

Khabar 1: RUU Pindaan Akta 164 sudah ditarikbalik oleh Kerajaan pada jam 1 pagi tadi. Bacaan kali ke 2 dan ke 3 RUU tersebut ditangguhkan ke sidang akan datang.  

Khabar 2: RUU Pindaan Akta 355 tersenarai di giliran no 1 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. InsyaAllah, Tuan Guru Presiden PAS akan membentangkan sepenuhnya RUU Persendirian 355. 

Bagi yang ada kesempatan, saksikanlah siaran langsung detik bersejarah di Parlimen hari ini khas berkenaan #RUU355... 


Sidang akan bermula jam 10 pagi.  

Syed Ahmad Fadhli 
Pegawai Penyelidik PAS
© all rights reserved
made with by templateszoo