NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS lulus usul hanya orang Islam jadi perdana menteri

Usul turut mengambil kira jawatan Perdana Menteri dalam konteks Malaysia sebagai kuasa eksekutif tertinggi yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama.


ALOR STAR, 30 April — PAS hari ini mengemukakan usul bagi meminda Perlembagaan agar perdana menteri yang dilantik perlu beragama Islam.

Usul yang dicadang Dewan Ulama itu kerana perdana menteri mempunyai tanggungjawab mendaulatkan Islam dan ia diluluskan sebulat suara dalam muktamar hari ini.

“Dewan Ulama mencadangkan pemimpin PAS Pusat melalui ahli Parlimen PAS menggesa perdana menteri meminda Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perdana menteri hanya terdiri daripada orang Islam yang memenuhi syarat-syarat Islam,” menurut usul itu. ---themalaymailonline

Dewan Ulama PAS hari ini sebulat suara menerima usul supaya jawatan Perdana Menteri hanya diisi warga negara Islam. 

Ketetapan itu dicapai bagi membolehkan PAS Pusat menerusi barisan Ahli Parlimen dari parti itu mendesak Kerajaan Persekutuan supaya membuat pindaan terhadap Perlembagaan berhubung ketetapan terbabit. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengesahkan selain warga negara Islam berbangsa Melayu, calon juga mestilah melengkapi syarat kepimpinan dalam Islam. 

Beliau berkata Dewan Ulama PAS menyedari antara syarat kepimpinan tertinggi dalam Islam hendaklah dalam kalangan bangsa berpengaruh dihormati dalam sebuah negara, sebagaimana difahami daripada status bangsa Quraisy sebagai syarat khalifah. 

Justeru, katanya dalam konteks Malaysia, 60.4 peratus rakyat negara ini adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. 

"Usul turut mengambil kira jawatan Perdana Menteri dalam konteks Malaysia sebagai kuasa eksekutif tertinggi yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama. 

"Selain itu, Dewan Ulama PAS turut melihat keperluan usul ini dalam memberikan jaminan bagi pelaksanaan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut hal berkaitan hak-hak keistimewaan Melayu," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas sesi penggulungan sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Ke-56, di sini.---BHOnline

PAS paling berintegriti dalam blok pembangkang

Pemimpin PAS adalah model berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap rakyat. PAS juga tidak pernah membuat 'drama' untuk meraih simpati pengundi sebagai bekal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.


ALOR SETAR: PAS adalah model integriti dalam blok pembangkang, berbanding DAP dan PKR yang sering terpalit dengan pelbagai skandal rasuah serta penyelewangan kuasa. 

Perwakilan Dewan Pemuda PAS, Hishamuddin Abdul Karim, berkata parti itu sering menjadi 'lubuk' untuk dilemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas demi mencalar imej dan kredibiliti dalam kalangan masyarakat. 

Bagaimanapun, katanya, takdir Allah menentukan setiap tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS adalah palsu, selain membongkar salah guna kuasa dan skandal rasuah 'parti sekutu'. 

"Ketika PAS terpalit dengan tuduhan menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ketua Angkatan Muda Keadilan (Datuk Adam Rosly) pula ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

"Ketika PAS dituduh pemakan dedak dan rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) pula terpalit dengan skandal salah guna kuasa yang dikaitkan kes pembelian banglo mewah bawah harga pasaran. 

"Ini membuktikan pemimpin PAS adalah model berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap rakyat, berbanding parti lain dalam blok pembangkang," katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63, di sini sebentar tadi. 

Hishamudin berkata, PAS juga tidak pernah membuat 'drama' untuk meraih simpati pengundi sebagai bekal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Katanya, PAS tidak pernah gentar untuk berseorangan dalam blok ketiga menjelang PRU-14 seperti dimomokkan segelintir pihak. 

"Kami tidak pernah takut kerana sudah beberapa kali darah pejuang PAS mengalir di bumi ini, termasuk dalam peristiwa Memali dan Lubuk Merbau. 

"Jangan jadi ibarat segelintir pihak yang apabila ditangkap ketika keadaan tidak bergari, tetapi berlakon seperti digari," katanya.---BHOnline

Tolak Politik Pinggir Quran, Sunnah – Presiden PAS

Ada di kalangan parti politik yang berlumba-lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam dalam kalangan rakyat beragama Islam di negara ini. Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.



ALOR SETAR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti Islam itu untuk menolak ‘politik moden’ yang meminggirkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tambahnya, beliau kesal ada di kalangan parti politik yang berlumba-lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam dalam kalangan rakyat beragama Islam di negara ini.

“Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini,” kata Abdul Hadi.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya semasa merasmikan Muktamar Pas Pusat Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, di Kota Sarang Semut di sini pagi Sabtu.


Jelas beliau, tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

Selain itu, Abdul Hadi turut berkata bahawa PAS memang menyedari dan memahami realiti politik di Malaysia yang didiami pelbagai kaum dan agama yang berbeza.

“Namun, musuh kepada Islam dengan agenda pecah perintah serta penyelewengan ilmu yang dirancangkan terhadap umat Islam merupakan halangan kepada kita.

“Ada pula di kalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam.

“Sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup,” kata Abdul Hadi sambil menyatakan bahas PAS tidak pernah menentang mana-mana kaum.

Bagaimanapun parti itu hanya menenatang sikap chauvinis serta perkauman sempit yang diamalkan parti-parti tertentu. Ucapan itu jelas merujuk kepada DAP yang kini menerajui Pakatan Harapan.

Blok pembangkang tersebut turut disertai PKR, selain serpihan PAS iaitu PAN dan terbaharu PPBM yang dicipta oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Muktamar Pas Pusat ke-63 berlangsung dari hari ini sehingga Isnin. Proses pengundian bagi jawatan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu akan berlangsung pada petang ini.---tranungkite.net

Punca masalah negara kerana tinggalkan Islam: Presiden PAS

Agama kini dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan duniawi, manakala politik pula dianggap urusan dunia dan peluang untuk meraih kepentingan peribadi dan puak. Ekonomi negara pula yang diurus secara tidak adil sehingga mencetuskan kesusahan kepada hidup rakyat, apabila rompakan harta di kalangan orang tertentu, sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa dan harta negara diambil secara salah.


KOTA SARANG SEMUT, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, punca semua masalah yang dihadapi sama ada di dalam negara atau di seluruh dunia adalah kerana meninggalkan Islam.

Beliau berkata, agama kini dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan duniawi, manakala politik pula dianggap urusan dunia dan peluang untuk meraih kepentingan peribadi dan puak.

Katanya, ekonomi negara pula yang diurus secara tidak adil sehingga mencetuskan kesusahan kepada hidup rakyat, apabila rompakan harta berpusing di kalangan orang tertentu sahaja, sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa dan harta negara diambil secara salah.

“Maka berlaku kebocoran daripada pendapatan negara sedangkan majoriti rakyat berpendapatan rendah semakin terbeban dengan harga barang keperluan yang makin meningkat.

“Kerajaan mengambil jalan penyelesaian secara mudah tanpa kajian menyeluruh, lalu meningkatkan kadar cukai sedia ada atau melaksanakan cukai baru seperti GST.

“Maka berlaku kesan sampingan dengan peningkatan inflasi. Kekurangan pendapatan dan sempitnya peluang pekerjaan sehingga membebankan kehidupan rakyat apabila pendapatan tidak lagi mampu menampung kos sara hodup yang tinggi, tabungan terjejas dan hutang isi rumah melebar,” katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, segala punca masalah itu adalah kerana meninggalkan Islam lalu merosakkan diri sendiri apabila melawan ciri-ciri fitrah manusia, memisahkan jasad daripada akal dan roh, memisahkan aspek kemasyarakatan, berpolitik, ekonomi dan lain-lain daripada agama.

“Ada yang cuba meninggalkan nas yang nyata dari al-Quran dan as-Sunnah, dengan menjadikan maqasid syariah, siyasah syar’iyyah dan fiqh aulawiyat dan seumpamanya untuk mencari alasan meminggirkan Islam dalam kehidupan.

“Maka dicarilah pandangan dan tafsiran longgar dari kalangan Islam yang berfikiran begini untuk dijadikan hujah yang diulangi dia atas nama Islam. Pada masa yang sama kalangan penentang Islam bersorak gembira menumpang sama menyebar luaskan hujah begini tanpa sempadan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya menolak dan mengabaikan politik moden yang meminggirkan al-Quran dan as-Sunnah.

“Ada di kalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur. Mereka dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam, sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup,” katanya.

Abdul Hadi juga kesal apabila ada di kalangan parti politik yang berlumba-lumba menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam dalam kalangan rakyat beragama Islam di negara ini

“Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolah-olahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini,” katanya.---ismaweb

Adam Rosly tinggalkan PAS sebab kalah



SHAH ALAM - PAS Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda PAS kawasan Ampang.

"Dulu Adam memang ahli PAS Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar PAS masuk PKR," katanya.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa Adam merupakan bekas ahli PAS. 

Sinar Online hari ini melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata, Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan PAS.

Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.

Di Manakah Bezanya PAS Abdul Hadi Dengan PAS Fadzil Noor Atau PAS Nik Aziz?

Bila ketiga-tiga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz meletakkan agenda perlaksanaan syariat sebagai agenda terpenting PAS, hingga sanggup berpisah dengan DAP kerananya, maka di manakah bezanya antara PAS Abdul Hadi dan PAS Fadzil Noor atau PAS Nik Aziz? - Dr Kamarul Zaman Yusoff

Selain nama bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, nama bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, juga sering disalahguna oleh golongan tertentu untuk menunjukkan kononnya PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah golongan “purist” yang kononnya bersifat jumud dengan hanya menekankan kepada agenda perlaksanaan syariat berbanding golongan "mainstreamer".

Walhal hakikat sebenarnya adalah jauh berbeza.

Ini adalah kerana, di bawah pimpinan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden-lah, dan di bawah pimpinan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sebagai Mursyidul Am-lah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 7 Julai 2001 telah memutuskan bahawa “PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan dan undur ke belakang semata-mata untuk melayan kehendak Parti DAP” dan bahawa “prinsip (menegakkan Negara Islam) ini akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan Parti DAP di dalam pakatan Barisan Alternatif”.

Akibat ketegasan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan prinsip perjuangan PAS inilah maka akhirnya Jawatankuasa Ekseutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP dari Barisan Alternatif mulai 22 September 2001.

Pemimpin seperti Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, mahupun mana-mana pemimpin lain yang sering menyalahgunakan nama Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, dan nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sama ada terlalu benak untuk memahami perkara ini.atau sengaja mahu menyelewengkan fakta demi kepentingan sendiri.

Kalau mahu dikira mengenai pesanan dan amanat bekas pimpinan PAS yang telah pergi mengadap Ilahi, maka pesanan dan amanat Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor di dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48 pada 31 Mei 2002-lah yang paling awla diberikan perhatian kerana ini adalah pesanan dan amanat rasmi terakhir Almarhum sebelum pergi mengadap Ilahi pada 23 Jun 2002.

Pesanan dan amanat rasmi terakhir Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor kepada PAS ini adalah berbunyi: “Agenda perlaksanaan syariat adalah agenda terpaling mulia dan maha besar yang perlu disegerakan oleh seluruh pimpinan negara ini. Ia adalah ibadah dan jihad yang paling awla (utama) yang perlu didepani oleh seluruh umat ini.”

Jadi, bila ketiga-tiga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz meletakkan agenda perlaksanaan syariat sebagai agenda terpenting PAS, hingga sanggup berpisah dengan DAP kerananya, maka di manakah bezanya antara PAS Abdul Hadi dan PAS Fadzil Noor atau PAS Nik Aziz?

Siapa kata PAS bersendirian?



Gagasan Sejahtera PAS adalah muafakat Blok ke 3 parti parti politik, beratus ratus NGO di dalam KONGRES RAKYAT dan pemimpin pemimpin komponen BN sendiri yang membantu segala segi kerana hilang pengharapan kepada BN lagi.

Adakah pengaruh Blok ke 3 kecil?

Mata anda memerhatikan sendiri kehadiran fizikal ke program program anjuran PAS di seluruh negara 

Keputusan Poll Maya yg dibuat sesiapa sahaja, sama ada yang pro PAS, pro PH atau pro BN akan dalam masa yang singkat menunjuk trend sokongan kepada PAS yg sgt jelas. Yang dibuat pihak yang bebas seperti kumpulan anak anak muda akan lebih jelas.

Keputusan survey 2017 terbaru dari risik dalaman kerajaan sendiri menunjukkan momentum sokongan rakyat kepada PAS.

Kerana itu usaha dibuat untuk pujuk PAS agar bersetuju bersama UMNO (yg jelas ditolak secara tegas oleh PAS), sekalipun terpaksa pujuk MCA, MIC, GERAKAN dengan beri laluan Presiden PAS bentang RUU355 dan tangguh RUU164.

Tidak untung untuk UMNO ajak PKR atau PAN kerana dapatan kajian mereka tiada dokongan massa kecuali tempat tertentu.

Keputusan Survey oleh pengkaji bebas yang dianggap lebih neutral seperti Merdeka Centre mendapati PAS secara bersendiri satu parti pun sudah punya peratus hampir sama dengan gabungan 4 parti DAP , PKR , PAN dan PPBM.

Jika PAS dikaji sebagai Muafakat Politik Blok ke 3 GAGASAN SEJAHTERA dan bukan bersendiri, peratus kajian boleh berubah dengan cepat memihak kepada PAS.

Keputusan Kajian INVOKE sudah hilang wibawa oleh musnahnya kepercayaan awam kepada Rafizi Ramli, Penaung INVOKE yg mereka reka fitnah dan kini terbabit dakwaan menerima wang berjuta dari Johnny Soh dibuat oleh Raja Petra dan disahkan bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Hj Ahmad Amzad Hashim
25hb April 2017

Pesanan Almarhum TGNA Mana Yang PAS Langgar?

Antara banyak pesanan TGNA ini, paling perlu Khalid Samad dan pemimpin Parti Amanah Negara lain ambil perhatian ialah pesanan yang disampaikan terus kepada Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad, pada 25 September 2011 dan yang Dr Dzulkefly Ahmad sampaikan semula kepada The Malaysian Insider pada 26 September 2011 ini: “Datuk Nik Aziz menegaskan bahawa ruang skop pelaksanaan undang-undang hudud hanya melibatkan Muslim manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang sivil sedia ada, memandangkan negara ada dua sistem perundangan ini yang ditekankan oleh MB Kelantan. - Dr Kamarul 


Melalui tulisan beliau dalam akhbar Sinar Harian bertajuk “Bila PAS Langgar Pesanan Tok Guru” pada 21 April 2017, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad, menulis begini:

“Strategi Umno/BN menggunakan isu perlaksanaan syariat Islam untuk mengumpan PAS telah berjaya sepenuhnya. PR telah berpecah sambil BN kekal bersatu.”

“PAS sebaliknya hampir pasti akan kehilangan semua kerusinya. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”. Inilah hasilnya percaya pada Umno dan melanggar pesanan almarhum TGNA.”

Soalan saya kepada Khalid Samad adalah: Pesanan almarhum TGNA mana yang PAS langgar?

PESANAN INIKAH?

“Terpulang DAP Mahu Keluar Pakatan, Saya Tetap Mahu Laksana Hudud, Kata Nik Aziz”, Bernama, 22 September 2011, dan “Nik Aziz Tetap Mahu Hudud, Tak Peduli Pendirian DAP”, The Malaysian Insider, 22 September 2011.

(Kenyataan TGNA di di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada 22 September 2011)

PESANAN INIKAH?

“Nik Aziz Prepared To See DAP Leave Pakatan Over Hudud”, Malaysiakini, 25 September 2011.


(Kenyataan TGNA di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 September 2011)

PESANAN INIKAH?

“Hudud: Nik Aziz Masih Harap Putrajaya Sokong PAS Tunai Mandat 20 Tahun”, The Malaysian Insider, 26 September 2011.

(Kenyataan TGNA di kediaman beliau pada 25 September 2011 kepada Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad)

PESANAN INIKAH?

“Nik Aziz Tetap Pertahan Laksana Hudud”, Sinar Harian, 25 Julai 2012


(Kenyataan TGNA di Kota Darul Naim pada 24 Julai 2012)

PESANAN INIKAH?

“Hudud: Nik Aziz Sokong Haron Din”, Utusan Malaysia, 25 April 2013


(Kenyataan TGNA di Wakaf Che Yeh pada 24 April 2013)

ATAU PESANAN INIKAH?

“Nik Aziz Terima Cadangan Umno”, Sinar Harian, 30 April 2014

http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-terima-cadangan-umno-1.275575
(Kenyataan TGNA di Kota Darul Naim pada 29 April 2014)

Antara banyak pesanan TGNA ini, paling perlu Khalid Samad dan pemimpin Parti Amanah Negara lain ambil perhatian ialah pesanan yang disampaikan terus kepada Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad, pada 25 September 2011 dan yang Dr Dzulkefly Ahmad sampaikan semula kepada The Malaysian Insider pada 26 September 2011 ini:

“Datuk Nik Aziz menegaskan bahawa ruang skop pelaksanaan undang-undang hudud hanya melibatkan Muslim manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang sivil sedia ada, memandangkan negara ada dua sistem perundangan… ini yang ditekankan oleh MB Kelantan.

“Selain itu, beliau juga mahu kerjasama pusat agar undang-undang ini dilaksanakan di Kelantan dan negeri Kelantan dijadikan model. Itu harapan beliau,” kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.

Pertemuan kira-kira sejam itu diadakan di kediaman Nik Aziz atas permintaannya bagi mendapatkan pandangan politik dan perundangan berkaitan isu kontroversi terbaru yang muncul semula minggu lalu.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, Nik Aziz yang mengakui hukum hudud tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan kerajaan persekutuan menekankan bahawa beliau memerlukan kerjasama agensi-agensi seperti Jabatan Penjara, Jabatan Kimia dan polis.

Kerjasama itu diperlukan sebagai tambahan kepada pemansuhan dan pindaan beberapa undang-undang lain, kata beliau.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kadar literasi rakyat Malaysia masih rendah - KP Perpustakaan Negara

Kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk terkini Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang.



KUALA LUMPUR: Kadar literasi penduduk Malaysia masih berada pada tahap 55 peratus dengan purata setiap rakyat hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Nafisah Ahmad.

Beliau berkata kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk terkini Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang.

"Bagi mencapai sasaran ideal dengan jumlah populasi, setiap orang perlu membaca 30 buku setahun sedangkan secara purata, setiap penduduk hanya membaca sehingga 20 buku seorang dalam masa setahun," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas program Jom Baca Bersama 10 minit 2017 anjuran PNM yang akan diadakan bermula 11 pagi pada 25 April depan.

Program tahun keempat itu, yang menyasarkan penyertaan 5 juta orang, diadakan dengan kerjasama perpustakaan awam, agensi kerajaan dan institusi pendidikan di seluruh negara.

Nafisah berkata, Jom Baca Bersama 10 minit dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat untuk terus mengamalkan budaya membaca sekurang-kurang 10 minit sehari.

"Kalau setiap orang membaca sekurang-kurangnya 10 minit sehari, maknanya mereka boleh menghabiskan sehingga 10 buku dalam tempoh 365 hari," katanya.

Menurutnya usaha menggalakkan budaya membaca buku perlu terus diterapkan dalam setiap masyarakat supaya kadar literasi penduduk dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi.

"Kita wajar jadikan Korea Selatan sebagai contoh kerana ia mempunyai kadar literasi 99.9 peratus dengan setiap penduduknya membaca secara purata 40 buku setahun," katanya. --BERNAMA

Hina Islam: Contohi Muslim Jakarta Tumbang Pemimpin

Ingatlah bahawa umat Islam akan kuat apabila berpegang dengan ajaran Islam.


KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam Malaysia mencontohi umat Islam Jakarta bersatu menumbangkan Gabenornya, Basuki Cahya Purnama (Ahok) dalam pilihan raya baru-baru ini kerana menghina Islam.

Kata beliau, seluruh umat Islam bergembira dengan kemenangan itu kerana ia tercipta atas nama kesatuan umat Islam di Jakarta.

“Saya mengajak seluruh umat Islam untuk bersatu atas nama Islam dan bekerjasama di atas nama kemanusiaan dalam masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama.

“Ingatlah bahawa umat Islam akan kuat apabila berpegang dengan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, pada masa sama, hak dan urusan ibadat orang Islam haruslah dihormati bertepatan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebelum ini menggantung pindaan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor edisi ke-3 melibatkan peruntukan dalam pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Antara peruntukan itu termasuk rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam kawasan komersial atau dalam jarak 50m dari rumah umat Islam.

Pembinaannya perlu mendapat persetujuan penduduk berbilang kaum yang tinggal dalam lingkungan 200m serta strukturnya tidak boleh tinggi daripada masjid berdekatan. – MYNEWSHUB.CC

TAHNIAH ANIES BASWEDAN MENANG PILIHANRAYA GABENOR - PRESIDEN PAS

Kita bergembira dengan kemenangan ini atas nama kesatuan umat Islam. Islam mengajar cara bermasyarakat majmuk dalam negara berbilang kaum agama, warna kulit dan jantina, di mana wajib orang Islam tidak meruntuhkan binaan rumah ibadat orang bukan Islam, manakala orang bukan Islam juga wajib menghormati hak beragama orang Islam dan saling menjaga sensitiviti beragama.



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur dan tahniah di atas kemenangan Anies Beswadan dalam Pilihanraya Gabenor DKI Jakarta semalam. Gandingan beliau dengan Sandiaga Uno berjaya mengalahkan penyandang sebelumnya, Basuki Cahya Purnama atau dikenali Ahok.

Pilihanraya kali ini mendapat perhatian umat Islam di Nusantara dan seluruh dunia, berikutan tindakan Ahok menghina al-Quran dan mendapat reaksi luar biasa umat Islam yang bangkit menentang melalui himpunan jutaan umat dan protes undi pilihanraya.

Kita bergembira dengan kemenangan ini atas nama kesatuan umat Islam. Islam mengajar cara bermasyarakat majmuk dalam negara berbilang kaum agama, warna kulit dan jantina, di mana wajib orang Islam tidak meruntuhkan binaan rumah ibadat orang bukan Islam, manakala orang bukan Islam juga wajib menghormati hak beragama orang Islam dan saling menjaga sensitiviti beragama.

Kita mendoakan dan menaruh harapan tinggi kepada Anies Beswadan dan Sandiaga Uno untuk berlaku adil kepada semua dengan menjaga hak bagi orang Islam dan bukan Islam. Konsep adil dalam Islam itu dekat dengan sifat taqwa.

Saya mengajak seluruh umat Islam untuk bersatu atas nama Islam, dan bekerjasama di atas nama kemanusiaan dalam masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama.

Ingatlah bahawa umat Islam akan kuat apabila berpegang dengan ajaran Islam, dan menjadi lemah apabila meninggalkan perintah Allah.

Pada masa yang sama, hak dan urusan ibadat orang Islam haruslah dihormati bertepatan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Bersikap chauvinis dan politik perkauman sempit hanya mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan perlu dihalang dari disuburkan.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Rejab 1438H / 21 April 2017 M

'Renew Roadtax ' Saman Bukan Penghalang 




Utusan Malaysia 7 Mac 2011 ISU SAMAN EKOR - MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah. 

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. 

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. 

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.

Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda. 

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.

Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda? 

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. 

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu. 

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah. 

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak. 

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja. 

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju. 

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju. 

ZULHAZMI SHARIFF

Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 

http://www.utusan.com.my/                        

Dua NGO buat laporan polis aktivis hina Islam

Kenyataan yang dibuat oleh Kassim jelas membuktikan individu ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan di mana Islam itu adalah agama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negara ini. Justeru, kami mahu Kassim menarik kenyataan itu dan jangan cuba porak perandakan negara yang harmoni dan bersatu padu ini. - PERIMAU dan MPJ

JOHOR BAHRU: Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kenyataan aktivis, Kassim Ahmad menerusi sebuah portal yang didakwa menghina Islam serta boleh menggugat keharmonian negara.

Laporan itu dibuat Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (PERIMAU) Johor dan Pertubuhan Muafakat Pendidikan Johor (MPJ) pada jam 9 pagi di Balai Polis Central di sini, hari ini. 

Presiden PERIMAU yang juga Presiden MPJ, Mohd Ridhwan Othman, berkata kenyataan aktivis terbabit yang mendesak supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai agama Persekutuan adalah bersifat menghasut dan mencemarkan kesucian Islam. 

"Kenyataan yang dibuat oleh Kassim jelas membuktikan individu ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan di mana Islam itu adalah agama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negara ini. 

"Justeru, kami mahu Kassim menarik kenyataan itu dan jangan cuba porak perandakan negara yang harmoni dan bersatu padu ini, " katanya kepada pemberita. 

Katanya, semua NGO diseru untuk membuat laporan polis, serta berjuang bagi menyekat aktivis terbabit daripada terus menggugat keharmonian negara khususnya kesucian Islam. 

"Kami juga meminta Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap aktivis itu yang mengeluarkan kenyataan tidak rasional serta menjadi ancaman kepada negara," katanya. PERIMAU Johor mewakili lebih 600 ahli manakala MPJ oleh kira-kira 5,000 ahli terdiri dalam kalangan guru di seluruh negeri.

Inflasi naik lagi! Kerajaan diminta jangan terlelap!


Tiga faktor utama yang telah menyumbang kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak.Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa? PAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada tahap RM4.40 ke USD $1.Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu, nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD$1! Jelas keyakinan yang diberikan itu sekadar penyedap hati.Inflasi meningkat lagi di bulan Mac. Kini, ia berada di tahap 5.1%, meningkat 0.6% berbanding bulan Februari 2017. - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

Tiga faktor utama yang telah menyumbang kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak.
Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa?
Kerajaan dinasihatkan jangan meletakkan harapan bahawa harga minyak sedunia boleh menjadi stabil untuk dua suku terakhir 2017. Ini kerana ketegangan di peringkat dunia akan menjadi semakin tidak menentu dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bukan sahaja melulu, bahkan beremosi dan sukar dijangka.
Jika kerajaan meletakkan harapan bahawa inflasi akan pulih dengan pemulihan nilai Ringgit, PAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada tahap RM4.40 ke USD $1.
Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu, nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD$1! Jelas keyakinan yang diberikan itu sekadar penyedap hati.
Setakat ini, sebenarnya tiada apa-apa jaminan yang boleh memastikan nilai Ringgit akan pulih mahupun harga minyak sedunia akan kembali stabil di 2017. Bahkan, kerajaan sendiri pun tidak pasti.
Memandangkan SPRM kini semakin hebat membantu kerajaan membasmi rasuah, sepatutnya perbelanjaan kerajaan dah berkurangan ekoran kurangnya kebocoran dan ketirisan.

Penjimatan itu kini boleh disalurkan kembali sebagai subsidi kepada rakyat untuk menampung kenaikan kos sara hidup ini.
Subsidi rakyat tidak wajar ditarik balik kerana kegagalan kerajaan menangani isu kebocoran dan ketirisan.
Selain itu, sistem GST yang amat menganiaya rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah (golongan B40) perlu dimansuhkan. Hasil pendapatan negara melalui GST boleh ditampung dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan cukai atas keuntungan perdagangan saham bagi menampung ekonomi negara.
Langkah ini dipercayai akan dapat meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40 berbanding GST tatkala berdepan dengan kenaikan inflasi yang dirasai hari ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 April 2017

Sekarang semua tak betul, Bala tegur Husam

Peniaga bukan Islam tiada masalah dengan larangan meniaga sementara pada waktu Maghrib yang dperluas ke seluruh Kelantan  kerana ia hanya untuk tempoh tidak lebih 15 minit.Sebenarnya apa yang diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan itu tertakluk kepada pasar malam sahaja yang kebanyakan mereka adalah peniaga Melayu-Islam.Arahan tutup itu juga hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja supaya peniaga Muslim dapat menunaikan solat mereka - N Balasubramaniam, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan larangan meniaga sementara pada waktu Maghrib yang dperluas ke seluruh Kelantan.

Ketuanya N Balasubramaniam berkata peniaga bukan Islam tiada masalah kerana ia hanya untuk tempoh tidak lebih 15 minit.

"Sebenarnya apa yang diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan itu tertakluk kepada pasar malam sahaja yang kebanyakan mereka adalah peniaga Melayu-Islam.

“Arahan tutup itu juga hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja supaya peniaga Muslim dapat menunaikan solat mereka,” katanya.

Menjawab soalan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam juga berkata kerajaan negeri hanya “mengikut cara Islam”.

“Malah, setakat ini ia diterima baik dan tidak ada masalah dari bukan Islam," kata Balasubramanian.

Kelantan sebelum ini mengarahkan semua peniaga, termasuk bukan Islam menghentikan operasi ketika Maghrib bagi memberi laluan kepada waktu sembahyang yang singkat.

Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.

Bagaimanapun, dasar itu dipertikaikan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Husam Musa kerana peniaga bukan Islam tidak perlu menunaikan solat Maghrib.

Beliau mendakwa kerajaan Kelantan sebenarnya tiada agenda untuk memajukan rakyat dan terpaksa mencari perkara kecil untuk “nampak Islamik”.

Bekas menteri Umno yang kini bersama DAP Datuk Zaid Ibrahim pula berkata larangan itu tidak sah dan mahu mencabarnya di mahkamah.
Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata pertikaian Husam itu sengaja dibuat.

"Sengaja timbulkan masalah, dulu sewaktu sama-sama berlayar (dalam parti PAS) tak ada masalah, tapi sekarang semuanya tak betul," kata Balasubramaniam.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/379680

‘Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan’


Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi Bersatu masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.Ada masalah dalam Bersatu yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti - Kamarul Azman Habibur Rahman, Pengasas Parti Bersatu

KUALA LUMPUR – Salah seorang pengasas parti Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan peletakan semua jawatan beliau dalam parti termasuk jawatan sebagai setiausaha kerja kerana kabur dengan perjuangan Bersatu.  

Antara jawatan lain yang ditolak beliau adalah jawatan Ketua Bahagian Bersatu Teluk Kemang, Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu.

Menurutnya, beliau keluar parti bukan kerana kecewa tidak ada jawatan dalam parti tetapi  beliau yang meninggalkan semua jawatannya di dalam parti.  

"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi Bersatu masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.

“Ada masalah dalam Bersatu yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti,” katanya.

Tambahnya lagi, seramai 821 ahli Bersatu seluruh negara berhasrat untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Setakat malam semalam, seramai 821 orang dijangka akan turut keluar parti. Namun, akan ada satu sidang media untuk pengumuman rasmi,"tambahnya lagi.  

Sementara itu, beliau menyatakan tidak berhasrat untuk kembali menyertai Umno dan mahu fokus dengan NGO, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

"Saya ingin gerakkan semula GKCM dan kembali pada perjuangan asal NGO itu iaitu berjuang demi rakyat,"katanya lagi.

7.2 juta warga Jakarta sekali lagi mengundi hari ini



JAKARTA: Sebanyak 7,218,254 warga Jakarta yang layak mengundi sekali lagi akan membuat keputusan memilih Gabenor Jakarta bagi tempoh lima tahun pada pusingan kedua Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) hari ini.

Jumlah pemilih itu meningkat lebih 100,000 orang apabila pada Pilkada, Februari lepas, mencatat jumlah pengundi berdaftar sebanyak 7,108,589 orang.



Media-media dalam talian memetik Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Dahliah Umar, sebagai berkata, penambahan itu adalah disebabkan suruhanjaya itu menggunakan data pendaftaran pemilih terkini.

Mereka akan mengundi di 13,034 buah pusat pengundian di seluruh daerah Jakarta yang dibuka mulai pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari.

Pilkada bagi Jakarta terpaksa diadakan secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus pada pusingan pertama.

Pilkada pusingan kedua ini menyaksikan gandingan penyandang jawatan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dan Djarot Saiful Hidayat dicabar oleh bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Anies Baswedan dan pasangannya seorang ahli perniagaan, Sandiaga Salahuddin Uno.

Pada Pilkada 15 Februari lepas, Ahok dan Djarot mendahului pungutan undi dengan mendapat 44.17 peratus manakala pasangan Anies dan Sandiaga mendapat 39.55 peratus.

Pasangan Agus Harimurti Yudhoyono iaitu anak sulung bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terkeluar daripada pertandingan pusingan kedua apabila mendapat 16.27 peratus.

Sistem pilihan raya itu mewajibkan seseorang calon melepasi 50 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta merangkap ketua eksekutif daerah.

Kerajaan mengumumkan hari ini sebagai hari cuti khas di Jakarta dan pihak berkuasa juga membuat kawalan ketat di seluruh pintu masuk ke Jakarta.

Orang awam dari luar Jakarta dilarang memasuki ibu negara itu jika tidak mempunyai urusan rasmi bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

-- BERNAMA

Tun Mahathir Tidak Sedar Dia Pemecah Belah Melayu.

Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru. Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa. Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri. - Ustaz Idris Ahmad

Tolonglah Tun suluh cermin dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?. Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat.

Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Trengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990. Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri melayu?Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah. Trend ini wujud hingga zaman DS Najib. Apakah ini lambang perpaduan Melayu?

Zaman Tun juga apabila tsunami melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu. Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu?.

Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS?. Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang. Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.

Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru. Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa. Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
18/4/17



RUU Dan Politik Baharu PAS



DARI SUDUT LAIN

Pembentangan RUU355 baru-baru ini oleh pihak PAS di parlimen bukan sahaja telah melakar sejarah baharu dalam politik tanah air, bahkan ia menjadi penanda aras pencapaian politik berwajah baharu yang dibawa oleh PAS. Pasca muktamar 2015, kepimpinan parti tersebut telah mempopularkan satu konsep politik baharu yang dijenamakan sebagai Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Sejak dari awal negara ini mencapai kemerdekaan, PAS menjadi pembangkang yang paling menonjol di arena politik. Ketegasan mereka menentang parti pemerintah, dan kekuatan mereka di peringkat akar umbi terutama golongan melayu muslim yang membentuk majoriti di negara ini menjadi faktor utama parti tersebut meraih populariti yang begitu tinggi selain dari parti pemerintah. Walaupun PAS pernah direkodkan menyertai gabungan parti pemerintah melalui Perikatan dan Barisan Nasional, tetapi PAS lebih dikenali sebagai parti yang memiliki haluan politik tersendiri yang berbeza dengan mana-mana parti politik yang ada.

PAS terkenal dengan agenda Islamnya. Apa jua yang mereka lakukan sentiasa menggunakan hujah-hujah agama. Segala langkah politik yang dicatur dilapik dengan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis-hadis yang pelbagai. PAS bercita-cita mahu menegakkan sebuah negara yang mengamalkan nilai-nilai ajaran Islam secara holistik. Inilah keunikan yang ada pada PAS.

Kerana prinsip ini jugalah, mereka menentang Umno walaupun parti tersebut juga mendakwa memperjuangkan Islam berdasarkan apa yang termaktub dalam perlembagaan mereka. Menurut apa yang dipopularkan sebagai Amanat Haji Hadi, jelas bahawa penentangan mereka terhadap Umno adalah atas dasar ketidaksetujuan terhadap undang-undang negara yang tidak berlandaskan Islam.


Apabila zaman terus berlalu, dan perkembangan sosio-politik negara berubah, PAS mula mengubah cara mereka. Jika dahulu penentangan terhadap Umno atas dasar yang dinyatakan di atas hanya mampu menyedarkan sebahagian rakyat, tanpa dapat berbuat apa-apa perubahan kepada undang-undang dan urustadbir negara, maka PAS melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan BPMS. Antara yang dapat dilihat melalui budaya politik ini adalah perubahan sikap penentangan terhadap Umno dan BN walaupun mereka masih mengisytiharkan diri sebagai pembangkang.

Dalam keadaan masih lagi membangkitkan isu-isu rakyat seperti GST, TPPA, kos sara hidup dan pengurusan negara, PAS kini mengambil sikap menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada rakyat. Walaupun PAS tidak memiliki apa-apa kerjasama rasmi dengan Umno dan BN, tetapi PAS membezakan mereka antara sebuah parti politik dengan peneraju kerajaan Malaysia yang diberi mandat oleh rakyat.

Kita boleh lihat perkara ini bermula dari penganjuran Multaqa Ulama Serantau yang dianjur oleh Alumni Universiti al-Azhar Mesir peringkat rantau Asia Tenggara. Presiden PAS yang dijemput atas kapasiti Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS) Dato Seri Abdul Hadi muncul sepentas bersama Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Umno. Di pentas itu Abdul Hadi langsung tidak menyentuh soal PAS atau Umno, sebaliknya menjelaskan tentang kepentingan kesatuan umat Islam serantau dalam menghadapi konflik geo-politik, dan peranan kerajaan negara-negara Islam dalam menguruskannya.

Walaupun PAS mendapat cemuhan yang begitu hebat, namun mereka terus maju dengan BPMS. Langkah seterusnya yang dapat dilihat adalah usaha mereka mendekati kerajaan dalam menyelesaikan konflik etnik Rohingya di Myanmar. Daripada penganjuran demonstrasi, kepada rundingan, kecaman antarabangsa, misi bantuan, hingga kepada penganjuran seminar, PAS dilihat sentiasa bersama kerajaan Malaysia. Usaha berterusan ini telah membawa kepada kendurnya sikap kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya. Malaysia dianggap hero di mata masyarakat dunia dalam isu Rohingya.

RUU355 adalah bukti jelas wujudnya konsep persefahaman yang dibuat oleh PAS bersama kerajaan. Mengikut peraturan majlis mesyuarat dewan rakyat, usul-usul dari kerajaan hendaklah didahulukan daripada usul-usul yang lain. Keadaan ini telah menyebabkan banyak usul-usul dari pembangkang yang tidak tersenarai, ataupun tersenarai tetapi tidak sempat dibentang. Tetapi dalam isu RUU355, kerajaan melalui Menteri bahagian Parlimen, Dato Azalina Othman telah memberi laluan kepada usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS untuk dinaikkan mendahului usul-usul kerajaan yang lain menyebabkan ianya berjaya dibentang. Selain itu kita juga dapat melihat RUU355 kini bukan sekadar menjadi agenda PAS, tetapi turut diusahakan oleh jentera-jentera kerajaan dengan penganjuran berbagai siri penerangan di berbagai peringkat.

Walaupun PAS sehingga kini masih dilihat membawa imej perjuangan Islam, namun BPMS benar-benar telah merubah PAS daripada sikap mereka yang dahulu. Perkara ini menyebabkan PAS lebih mudah didekati walaupun oleh mereka yang tidak begitu gemar akan hal ehwal politik. Walaubagaimanapun, PAS menerima kecaman daripada beberapa parti-parti pembangkang yang lain terutama dari gabungan Pakatan Harapan (PH) yang menganggap sikap PAS hanya menguntungkan kerajaan. Perbezaan antara kedua pihak ini membawa PAS mengisytiharkan diri sebagai blok politik ketiga, yang bukan bersama kerajaan dan bukan juga bersama PH. PAS telah bergabung dengan beberapa parti politik yang lain seperti Ikatan, PCM dan beratus-ratus NGO yang lain membentuk pakatan yang dinamakan sebagai Gagasan Sejahtera.

Kini, lanskap politik negara sudah berubah dengan langkah politik ter PAS. Malaysia sudah tidak dikenali sebagai negara yang mengamalkan sistem dwi-parti, tetapi menggunakan sistem multi-parti. PRU13 nanti tentunya akan berlaku sebuah fenomena , di mana pertandingan tidak lagi tertumpu antara parti A dan parti B sahaja, tetapi boleh jadi tiga penjuru ke atas. Pada saat ini, kaedah memburukkan parti-parti lawan tidak lagi relevan sebaliknya lebih kepada kaedah mengemukakan idea dan menonjolkan kelebihan masing-masing. Sudah tentu situasi ini boleh membawa negara keluar dari budaya politik kebencian dan permusuhan yang selama ini diamalkan, kepada budaya politik yang sihat dan matang.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/ruu-dan-politik-baharu-pas/

Dr Mahfodz, Nuridah kekal, Khalil Ketua baru Pemuda PAS



PENCALONAN JAWATANKUASA KERJA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT SESI 2017-2019


Setelah pencalonan untuk Dewan Ulama tamat pada 17hb April, 2017, keputusan pencalonan adalah seperti dibawah.


PENGERUSI TETAP
1) Hamdan Bin Muhammad, Ust 
Dr. (MTB-Menang Tanpa Bertanding)


TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1) Omar Bin Hashim, Ust Hj. (MTB)


KETUA
1) Mahfodz Bin Mohamad, Ust Dato' Dr. Hj. (MTB)


TIMBALAN KETUA

1) Nik Zawawi Bin Mohd Salleh, Ust Dato' Dr. (MTB)


NAIB KETUA
1) Johari Bin Mat, Ust Dato' Dr. (MTB)


PEMERIKSA KIRA
1) Haniful Fuad Bin Hussein, Ust (MTB)
2) Abdul Rauf Bin Abdul Movin, Ust (MTB)


AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Badruzzaman Bin Yusof, Ust Dr. (MTB)
2) Husin Bin Awang, Ust Dato'. (MTB)
3) Wan Ahmad Rasyidi Bin Wan Othman, Ust. (MTB)
4) Ismail Bin Osman, Ust. (MTB)
5) Asri Bin Daud, Ust. (MTB)
6) Zulkifli Bin Ismail, Ust. (MTB)
7) Khirul Muntanazar Bin Ismail, Ust. (MTB)
8) Azahari Bin Arifin, Ust Dr. (MTB)
9) Mohd Ismi Bin Taib, Ust. (MTB)
10) Zuridan Bin Mohd Daud, Ust. (MTB)
11) Mohd Kamal Bin Osman, Ust. (MTB)
12) Nazmi Bin Nik Din, Ust. (MTB)

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan bahawa semua penama/calon di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian untuk semua jawatan bagi Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2017-2019 akan diadakan sewaktu Muktamar PAS ke-63.

Disemak dan disahkan oleh;
Wan Rohimi Bin Wan Daud
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017


CALON-CALON YANG SAH BERTANDING BAGI JAWATANKUASA KERJA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT SESI 2017-2019

Setelah tamat tarikh penerimaan pencalonan pada 17hb April 2017, Muslimat telah mencipta sejarah baru apabila tiga jawatan utama iaitu Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Muslimat telah dimenangi tanpa bertanding.

Begitu juga dengan jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap serta 2 orang Pemeriksa Kira-kira.

Pertandingan hanya berlaku untuk memilih 12 orang Jawatankuasa Dewan Muslimat daripada 16 orang yg menerima pencalonan untuk dipilih dalam Muktamar Dewan Muslimat pada 27hb April nanti.


PENGERUSI TETAP
1) Husna Saidon (MTB - Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Norzarina Azhar (MTB)

KETUA
1) Nuridah Salleh, Ustazah (MTB)

TIMBALAN KETUA
1) Rosni Adam, Dr. (MTB)

NAIB KETUA
1) Salamiah Mohd Noor, Ustazah (MTB)

PEMERIKSA KIRA
1) Basmatul Uyun Yusof (MTB)
2) Normila Mamat (MTB)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Atiah Ahmad
2) Che Faridah Ismail, Dr.
3) Fauziah Bidin
4) Halimah Ali, YB Dr.
5) Husna Hasyim
6) Kartini Ahmad
7) Najihatussalehah Ahmad, Dr. Hajjah
8) Noraini Hussin
9) Norhafiza Fadzil
10) Normala Sudirman
11) Nuri Muhammad
12) Siti Aishah Ghazali, YB Dato'
13) Uyun Abdul Malek, Dr.
14) Uzaimah Ibrahim, Dr.
15) Wahibah Tahir, Dr.
16) Wan Hasrina Wan Hassan

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, KETUA, TIMBALAN KETUA, NAIB KETUA DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63.

Disemak dan disahkan oleh;
Wan Rohimi Bin Wan Daud
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017


CALON-CALON YANG SAH BERTANDING BAGI JAWATANKUASA KERJA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (DPPP) SESI 2017-2019

Selepas tamat tempoh penerimaan calon pada 17hb April 2017, jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) telah dimenangi tanpa bertanding. Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap serta 2 jawatan Pemeriksa Kira-kira.

14 orang akan bertanding untuk mengisi 12 jawatan Ahli Jawatankuasa dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 27hb April, 2017.

PENGERUSI TETAP
1) Kamal Ashaari, Ustaz (MTB - Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Riduan Mohd Nor, Dr. (MTB)

KETUA
1) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ustaz (MTB)

TIMBALAN KETUA
1) Khairil Nizam Khiruddin, Ir Hj. (MTB)

NAIB KETUA
1) Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz (MTB)

PEMERIKSA KIRA (2)
1) Mohd Shahir Abu Hassan (MTB)
2) Muhammad Ali Rajaie Jamaludin (MTB)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12 AJK)
1) Afnan Hamimi Taib Azamuddin, Ustaz
2) Muhtar Suhaili As-Sarawaki, Ir.
3) Damanhuri Dol
4) Syahir Sulaiman
5) Hazmi Dibok, Ustaz
6) Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz
7) Izwan Abdul Halim
8) Nurul Islam Mohamed Yusof
9) Mohammad Arifiriazul Paijo
10) Mohd Akmal Kamaruddin
11) Mohd Hafez Sabri
12) Nor Azariza Mohd Alawi, Ustaz
13) Nazman Che Ibrahim
14) Abdul Muiz Muhammad

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, KETUA, TIMBALAN KETUA, NAIB KETUA DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63.

Disemak dan disahkan oleh;
Wan Rohimi Bin Wan Daud
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017


CALON-CALON YANG SAH BERTANDING BAGI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2017-2019

Setelah tamat tempoh penerimaan pencalonan pada 17 April 2017, seramai 4 orang bertanding untuk 3 jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan. Seramai 26 orang menerima pencalonan daripada 40 orang yang dicalonkan. Perwakilan akan memilih 18 orang calon AJK PAS Pusat pada Muktamar PAS ke 63 yang akan diadakan pada 29 hb April - 1 mei 2017 bertempat di Kompleks PAS, Alor Setar, Kedah.

PENGERUSI TETAP
1) Hussin Bin Ismail - (MTB Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Kamal Bin Shaari, Ustaz - (MTB)

PRESIDEN
1) Abdul Hadi Bin Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. (MTB)

TIMBALAN PRESIDEN
1) Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ustaz Dato’ Hj. (MTB)

NAIB PRESIDEN (3)
1) Idris Bin Ahmad, YB Ustaz Hj. 
2) Mohd Amar Bin Abdullah, YB Dato’ Hj.
3) Iskandar Bin Abdul Samad, YB Dato’ Hj. Ar.
4) Nasruddin Bin Hassan, YB Ustaz Hj.

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Bin Mat, Hj. (MTB)
2) Mat Syukor Bin Abd. Aziz, Hj. (MTB)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) AJK
1) Riduan Bin Mohd Noor, Dr. Hj.
2) Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato’ Dr.
3) Mohd Nassuruddin Bin Daud, YB Dato’ Hj. 
4) Mohd Zuhdi Bin Marzuki, Dr. Hj.
5) Sallehen Bin Mukhyi, YB Ustaz Hj.
6) Razman Bin Zakaria, Hj. 
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz Hj.
8) Rosni binti Adam, Dr. Hajjah, 
9) Mohamad Sanusi Bin Md. Nor, Hj. 
10) Mohd Fadzli Bin Hassan, YB Dato’ Dr. Hj.
11) Najihatussolehah Ahmad, Dr. Hajjah 
12) Mokhtar Bin Senik, Ustaz Hj. 
13) Abdullah Bin Hussin, YB Ustaz Hj. 
14) Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
15) Zaharuddin Bin Muhammad, Ustaz Hj.
16) Norazli Musa, Ustaz Hj 
17) Zainal Abidin Kidam, Hj. 
18) Mohamad Noor Bin Mohamad, Hj. 
19) Mohd Fuad Bin Salleh, Dr. 
20) Halimah Bt. Ali, YB Dr.
21) Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi, Dr. 
22) Ahmad Bin Yahya, YB Ustaz 
23) Kamaruzzaman Bin Mohamad 
24) Misbahul Munir Masduki, Ustaz
25) Saiful Bahri Bin Mamat, YB Hj. 
26) Azman Bin Ibrahim, Dr.

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut sewaktu Muktamar PAS ke-63.

Disemak dan disahkan oleh;
Wan Rohimi Bin Wan Daud
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017





Lim Guan Eng: “Kita (Orang-Orang Bukan Melayu Bukan Islam) Berpeluang (Untuk Menjadi Perdana Menteri)”



Ini adalah sebahagian lagi ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu dialog tertutup di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

Di dalam bahagian ucapan ini, Lim Guan Eng menyatakan pengharapan beliau agar Perlembagaan Persekutuan sedia ada, yang tidak mensyaratkan bahawa seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang berbangsa Melayu beragama Islam, kekal seperti sekarang kerana jika ia adalah seperti sekarang maka orang-orang bukan Melayu bukan Islam berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

KENYATAAN SEBENAR LIM GUAN ENG 

“Now we can only hope that the existing Federal Constitution to stand as it is because it is very important. If it is as it is then we (non-Malay Muslims) got the chance (to become Prime Minister). If it ceases to exist then you (non-Malay Muslims) got no chance whatsoever (to become Prime Minister).”

TERJEMAHAN KENYATAAN LIM GUAN ENG 

“Sekarang kita hanya boleh berharap bahawa Perlembagaan Persekutuan sedia ada kekal seperti sekarang kerana ia adalah sangat penting. Jika ia adalah seperti sekarang maka kita (orang-orang bukan Melayu bukan Islam) berpeluang (untuk menjadi Perdana Menteri). Jika ia tidak lagi wujud maka kamu (orang-orang bukan Melayu bukan Islam) tidak mempunyai sebarang peluang (untuk menjadi Perdana Menteri).”

NOTA

Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan hanyalah mensyaratkan bahawa seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan “ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu” manakala Perkara 43 (7) Perlembagaan Persekutuan pula mensyaratkan bahawa Perdana Menteri yang dilantik itu hendaklah bukan dari kalangan “seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian”.

NOTE

Article 43 (2) of the Federal Constitution only provides that a Prime Minister shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong from among “a member of the House of Representatives who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House” while Article 43 (7) of the Federal Constitution provides that the appointed Prime Minister shall not be from among “a person who is a citizen by naturalization”.

Dr Kamarul Yusof

Kassim Ahmad interview must be probed for sedition


Kassim Ahmad is no stranger to Malaysians, in particular Muslims, especially with regard to his controversial position on the place of Hadith, or collection of sayings and deeds of Prophet Muhammad, the final messenger of Allah in Islam and was arrested and detained under the now repealed Internal Security Act 1960 in the mid-1970s for propagating such controversial beliefs in the public sphere.

In the Malaysian Insight interview, titled ‘Governments have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’ he is quoted as saying that the way Islam is governed in Malaysia leads to religious conflicts. Moreover, he even had the audacity to call for the Federal Constitution to be amended to remove all references to Islam as the religion of our federation.

Article 3(1)’s position in our Constitution is clear cut and not up for debate. It is part of the constitutional compromise by our forefathers, in which recognition is duly given to the history of the Malay Muslim Sultanates that make up Malaya in which Islam and its jurisprudence has always been accorded recognition. This has even been affirmed by past colonial powers such as Britain, in which R.J. Wilkinson acknowledged the supremacy of Islamic law amongst the inhabitants of this land, and the judicial recognition thereof in early cases such as Ramah v Laton.

It is a fundamental pillar of our modern state and forms part of the basic structure of our Constitution which cannot be altered in any way whatsoever.

To call for the repeal of Islam’s exalted status as the religion of the federation is tantamount to sedition as envisaged by the Sedition Act 1948 as amended in 1970 following the 1969 racial riots in which other fundamental pillars and parts that make up the basic structure of our Constitution were questioned, namely the position of Malays per Article 153 of the Constitution and the status of Malay as the national language per Article 152 of the same. The Act was amended to prohibit the question of such fundamental pillars to ensure that racial riots would never again recur.

The call by Kassim Ahmad therefore, constitutes a criminal offence of the type envisaged above and TMI, by carrying such an interview is guilty by association and implication. The offence is one that, quite plainly, will have serious consequences for racial and religious harmony in our fragile multicultural community and have adverse effects for our economic well-being.

We therefore accordingly call upon the authorities to investigate Kassim Ahmad and TMI for sedition, as well as possible other offences in the Penal Code, and prosecute the same parties to the maximum extent possible under the law.

Let it serve as a warning too to those harbouring similar thoughts that any attempt to seditiously undermine the religion of Islam and incite racial tensions amongst the diverse races shall not be tolerated at any expense.

The above is a Press Statement by:-

1. Azril Mohd Amin, Chief Executive of the Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA)

2. Aidil Khalid, Campaign Coordinator for the Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

3. Faidhur Rahman Abdul Hadi, Chief Executive Officer of Young Professionals (YP)

4. Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, President of Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

5. Mohd Luttfi Abdul Khalid, Chairman of iPeguam
© all rights reserved
made with by templateszoo