Header Ads

Tuntutan ROYALTI(R)



Sempena Kehadiran Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak ke Kelantan 12 Mac 2017 (esok), ROYALTI (R) cadangkan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sampaikan perkara berikut:-

1. Menyampaikan mesej yang jelas bahawa Rakyat Kelantan tetap meneruskan perjuangan menuntut Royalti petroleum sehingga berjaya. Royalti sebanyak 5% dari jumlah pengeluaran. Bayaran Royalti tersebut wajib diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan, seperti mana negeri-negeri lain yang menandatangani perjanjian yang sama. 

2. Menuntut jumlah tertunggak royalti yang dinafikan, secara anggarannya adalah sebanyak RM12 Billion (sejak 2005-2017), mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pd 9 Mei 1975 lalu, iaitu Wang Royalti atau Bayaran Tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri. Bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana2 agensi yang tidak berkaitan.

Bayaran Wang Ehsan yg telah dibuat melalui JPP dan MAIK adalah bukti jelas hasil perjuangan rakyat Kelantan sebelum ini. Tanpa kesungguhan Pimpinan Kerajaan Negeri & rakyat Kelantan yg telah digerakkan oleh R, nescaya Wang Ehsan pastinya tidak dibayar. Wang Ehsan ini bukti jelas yg Kelantan merupakan sebuah negeri pengeluar petroleum.

3. Mencadangkan kepada Perdana Menteri dan PETRONAS agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km dibuat ke negeri Kelantan. Jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh, iaitu ke Pantai Senok, Bachok hanya 140km sahaja berbanding 300km ke Kerteh. Ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos pengeluaran yang sangat tinggi dan memberikan impak ekonomi yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan, sekiranya gas didaratkan di negeri ini. 

Selari dengan Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000 ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi.

4. Menyatakan kepercayaan kepada Perdana Menteri bahawa, dengan pendaratan projek PETRONAS tersebut akan membuka peluang kerja yang sangat luas dgn mengambil  contoh projek pembangunan loji pemprosesan minyak dan gas di Penggerang, Johor yang memberi peluang kerja sebanyak 8,500 profesional dan 40,000 separa profesional. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

5. Menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, patuh kepada amanat ayahanda sendiri, Tun Abdul Razak berkenaan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.

6. Mengesa semua Exco, Adun dan Ahli Parlimen, kakitangan kerajaan negeri, kakitangan kerajaan, GLC dan seluruh Rakyat nyatakan solidariti mahukan ROYALTI dengan memberi kenyataan media, zahirkan sokongan dengan memakai baju MERAH/ R pada hari lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kelantan, yang dijadualkan pada 12 Mac 2017 ini.

7. Menyatakan sokongan terhadap saranan seluruh parti2 politik dan NGO2 Kelantan yang meminta isu royalti Kelantan diselesaikan segera sebelum PRU14 dengan penyelesaian secara baik, dengan wang ROYALTI diberikan kepada kerajaan negeri Kelantan, mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta Perjanjian Kelantan dan Petronas 1975 yang ditandatangani.

Sekian terima kasih.

"Tuntut Royalti Hak Kelantan"

Pertubuhan R Kelantan
11 Mac 2017

#Sebarkan
#TuntutRoyalti