NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Portal sebenarnya.my dilancarkan, dalam usaha membenteras berita palsu


CYBERJAYA, 14 Mac 2017 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Kementerian (KKMM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini melancarkan sebenarnya.my, sebuah portal pengesahan maklumat, dalam usaha untuk memerangi penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Melalui portal ini, orang ramai boleh menyemak dan melaporkan berita yang tidak disahkan melalui link www.sebenarnya.my, yang mereka terima sama ada melalui media sosial, perkhidmatan pesanan ringkas, blog atau laman web untuk membolehkannya disahkan oleh saluran rasmi atau agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Dalam konteks ini, berita merangkumi orang-orang yang mempunyai kepentingan awam dan juga mereka yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara.

Ini merupakan satu lagi sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan kesedaran yang dijalankan oleh SKMM untuk mencegah penyebaran berita palsu.

Portal sebenarnya.my telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
                                                    
Berkenaan Penyebaran Berita Palsu


1. Apakah sumber dan kaedah yang digunakan untuk mengesan berita palsu?


Antara sumber dan kaedah yang digunakan untuk mengesan berita palsu adalah melalui pemantauan kendiri, perolehan maklumat daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat, serta daripada maklumat orang awam.

2. Apakah jenis/kategori berita palsu yang boleh dilaporkan oleh orang awam kepada sebenarnya.my?

Pihak sebenarnya.my menerima sebarang berita palsu yang melibatkan kepentingan awam dan negara sahaja.

3. Selain portal sebenarnya.my, adakah terdapat platform lain untuk sebenarnya.my seperti di Facebook untuk orang ramai melaporkan berita palsu yang ditularkan.

Ya. Pada masa hadapan, pihak kami akan mewujudkan sebenarnya.my di Facebook dalam menyebarluaskan kesedaran mengenai berita palsu kepada orang ramai.

4. Adakah setiap berita yang dimuatnaik ke portal sebenarnya.my adalah berita yang ditularkan? Apakah ciri-ciri berita yang dimuatnaik ke portal sebenarnya.my?

Tidak semua berita yang ditularkan akan dimuatnaik ke portal sebenarnya.my. Ciri-ciri berita yang akan dimuatnaik adalah berita-berita palsu yang melibatkan kepentingan awam dan negara sahaja.

© all rights reserved
made with by templateszoo