NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Permohonan Perhimpunan Perbahasan Antara Tun Mahathir Bin Mohamed dan Dato' Seri Mohamad Nazri Bin Abdul Aziz.


Setelah dikaji dan ditimbang sebab-sebab perhimpunan tersebut akan diadakan dan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (ACP Ahmad Termizi bin Hj Abd Haq) telah menolak permohonan tersebut dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserahkan kepada pemohon pada hari ini. Penolakan ini telah
dimaklum kepada penganjur semalam iaitu 20/03/2017. - Dato' Pahlawan DCP Hasnan Bin Hassan, Pemangku Ketua Polis Perak 


KENYATAAN MEDIA 
KETUA POLIS PERAK 
BERTARIKH 21 MAC 2017

Permohonan Perhimpunan Perbahasan Antara Tun Mahathir Bin Mohamed dan Dato' Seri Mohamad Nazri Bin Abdul Aziz.


1. Pihak polis telah menerima permohonan berkenaan daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf. 

2. Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan antara Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) dan Tun Mahathir Bin Mohamad akan diadakan pada 25/3/2017 jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar. 

3. Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar selaku Pegawai yang Menjaga Daerah Polis Kuala Kangsar telah menerima permohonan tersebut pada 20/3/2017 jam 3 petang daripada penganjur diatas mengikut peruntukan dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. 

4. Setelah dikaji dan ditimbang sebab-sebab perhimpunan tersebut akan diadakan dan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (ACP Ahmad Termizi bin Hj Abd Haq) telah menolak permohonan tersebut dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserahkan kepada pemohon pada hari ini. Penolakan ini telah dimaklum kepada penganjur semalam iaitu 20/03/2017.

5. Alasan-alasan penolakan permohanan tersebut adalah seperti berikut:-

5.1 Kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 9(1) APA 2012 iaitu pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis iaitu Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan. 

2.2 Tempat perhimpunan yang dipilih iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ianya merupakan satu tempat larangan di dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012). 

2.3 Pihak polis telah menerima bantahan - bantahan secara bertulis iaitu 8 laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Ini merupakan bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dalam APA 2012. 

2.4 Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan / dialog seperti ini tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan.

3. Pihak polis mengalu-mengalukan semua pihak supaya akur kepada arahan KPD ini dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ianya diteruskan. 


DATO' PAHLAWAN DCP HASNAN BIN HASSAN 
PEMANGKU KETUA POLIS PERAK
21 . MAC . 2017.
© all rights reserved
made with by templateszoo