NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PAS Puchong beri ingatan pada Azmin


DPP Puchong memberi ingatan tegas buat Azmin selaku Menteri Besar Selangor supaya janganlah celupar mengguris hati ahli-ahli PAS. Kami kenal Islam daripada tangan-tangan Pak Lebai PAS, kami mengenali harga sebuah keimanan daripada tangan mereka, kami kenal dosa pahala juga daripada tangan mereka, bukan dari tangan mereka yang pernah bersama Tun Mahathir membina empayar kezaliman.

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG

YAB Dato' Seri Azmin Ali: Cerminlah dirimu, 

Mohd Ashrul Hisyam Bin Abdul Jalil
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Puchong
23 Mac 2017 | 24 Jamadilakhir 1438H

Di saat kemelut melanda, Namamu Muncul Entah Dari Mana, melukut di tepian gantang sendirian, akhirnya ditarik keluar oleh 'Tok Lebai' lantas meletakkanmu di atas singgahsana dengan Izin Allah Yang Maha Esa. 

Dewan Pemuda PAS Puchong (DPPP) memandang serius kenyataan tidak bertamadun Azmin yang jelas mengandungi unsur dendam tidak berasas. Kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari seorang MB yang diangkat atas kemelut yang diselesaikan oleh PAS, Azmin dilihat seolah-olah sedang menghadapi penyakit "lupa diri" tahap serius.

Azmin harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang bakal mengundang kemarahan ahli PAS. Azmin harus ingat bahawa pengundi yang juga jentera di kawasannya sendiri pun adalah majoriti daripada ahli PAS. Bukankah tidak manis seandainya diungkitkan kembali sejarah krisis MB Selangor yang jelas menunjukkan Pak Lebai PAS-lah yang mencalonkannya sebagai MB.

DPP Puchong memberi ingatan tegas buat Azmin selaku Menteri Besar Selangor supaya janganlah celupar mengguris hati ahli-ahli PAS. Kami kenal Islam daripada tangan-tangan Pak Lebai PAS, kami mengenali harga sebuah keimanan daripada tangan mereka, kami kenal dosa pahala juga daripada tangan mereka, bukan dari tangan mereka yang pernah bersama Tun Mahathir membina empayar kezaliman.

Dalam suasana yang semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum PRU 14 ini, adalah lebih baik Azmin menjaga tutur bicaranya agar tidak mudah mengguris hati ahli-ahli PAS. Namun jika Azmin tetap memilih cara yang tidak bertamadun ini, maka persiapkanlah jenteramu hadapi kami pada PRU14.
© all rights reserved
made with by templateszoo