NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Meneruskan Pemerkasaan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam.


Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip wasatiyyah, atau kesederhanaan, Beta menyokong segala inisiatif yang dilaksanakan agar sebarang unsur penghinaan terhadap agama Islam dan institusinya di negara ini ditangani dengan kebijaksanaan dan ketegasan. 


Beta berharap langkah-langkah yang dilaksanakan dalam menangani penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media massa dan laman web terus dipertingkatkan termasuklah meneruskan pemerkasaan undang-undang pentadbiran agama Islam. 


Pada masa yang sama, kesepakatan pemimpin-pemimpin Islam utama di negara ini adalah suatu yang amat baik dan dialu-alukan sebagaimana dalam menangani isu minoriti Rohingya di Myanmar.

SULTAN MUHAMMAD V
DYMM YANG DI PERTUAN AGONG
6hb Mac 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo