Header Ads

MEMORANDUM: MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG BAGI MEMBUAT PINDAAN AKTA 355

MEMORANDUM

MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG BAGI MEMBUAT PINDAAN AKTA 355

KEPADA : YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN | AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA

MEMOHON YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR SELAKU AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG PINDAAN AKTA 355

KAMI PIMPINAN PAS KAWASAN PUTRAJAYA, MEWAKILI SELURUH AHLI PAS KHUSUSNYA DAN SELURUH MASYARAKAT YANG BERAGAMA ISLAM DI PARLIMEN PUTRAJAYA, MEMOHON SUPAYA YB DATUK SERI SELAKU AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA UNTUK MEMBERI SOKONGAN PENUH TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG (RUU) UNTUK MEMINDA AKTA 355 YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG SELAKU AHLI PARLIMEN MARANG MERANGKAP PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS).

SELAKU AHLI PARLIMEN YANG BERAGAMA ISLAM, KAMI YAKIN BAHAWA YB DATUK SERI TIDAK SESEKALI AKAN MEMBELAKANGI TUNTUTAN UNTUK MEMPERLUASKAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA. MELALUI RUU PINDAAN AKTA 355 INI, PASTI IANYA AKAN DAPAT MELETAKKAN PERUNDANGAN SYARIAH DI KEDUDUKAN LEBIH BAIK SETERUSNYA MENJADIKAN AGAMA ISLAM DIHORMATI OLEH SELURUH MASYARAKAT DI NEGARA INI.

SOKONGAN YB DATUK SERI TERHADAP RUU AKTA 355 INI PASTI AKAN MENJADIKAN PUTRAJAYA SEBAGAI SEBUAH PARLIMEN YANG SENTIASA DI BAWAH RAHMAT DAN PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT. INSYAALLAH.


YANG MENJALANKAN AMANAH


___________________________
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

YANG DI PERTUA
PAS KAWASAN PUTRAJAYA